EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Syifa Melvin & adik-beradik kini bergelar jutawan kosmetik

0 month ago, 16-Sep-2020

Selepas menjual produk kosmetik sejak Mei tahun lalu, pelakon Syifa Melvin bersyukur dia serta tiga adik-beradiknya iaitu Syatilla, Syida dan Syafiqa Melvin berjaya membawa status jutawan.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 26 tahun itu berkata kejayaan yang diperolehi adalah hasil usaha keras mereka selain memiliki pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan.

Apapun, kami berasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini. Apa yang penting
kami gembira kerana apa yang diusahakan mendapat respons positif peminat yang menjadi pelanggan. Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,katanya.

Selain itu, Syifa juga menyifatkan dia seharusnya memberikan pujian kepada The Melvins kerana sangat komited dalam menjalankan perniagaan.

Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.
Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi. Alhamdulillah, tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,ujarnya.

: Harian Metro (Najiy Jefri)


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...