EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Syiah Houthi tembak budak kecil ketika Aidilfitri

1 month ago, 12-Jun-2019

TAIZ (YAMAN) Kementerian Hak Asasi Manusia Yaman mendedahkan, 16 kanak-kanak terbunuh atau cedera selepas menjadi sasaran pegeboman dan penembak tepat puak pemberontak Syiah Houthi di bandar ini, ketika sambutan Aidilfitri.

Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata, kanak-kanak menjadi sasaran pengeboman dan penembak tepat yang ditempatkan di laluan keluar utama dari bandar ini yang ditawan Houthi sejak Ogos 2015, walaupun Taiz dikuasai pasukan keselamatan kerajaan pro-Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi.

Militan Houthi telah melakukan jenayah terhadap populasi Taiz, melaksanakan pengepungan sejak empat tahun lalu, dan melakukan pengeboman rambang di kawasan padat penduduk, yang menyebabkan ratusan orang awam terbunuh.

Kementerian menggesa penduduk dan komuniti antarabangsa untuk mendokumentasikan dan mengutuk jenayah terhadap kemanusiaan di Taiz, kata kenyataan itu yang menjelaskan 16 kanak-kanak terbunuh dan cedera dalam tempoh empat hari lalu, termasuk pada Aidilfitri.

Buat lima tahun terakhir, Yaman menyaksikan perang di antara pasukan keselamatan kerajaan pro-Hadi dan militan Houthi yang disokong Iran, yang menguasai Sanaa sejak September 2014.

Kerajaan pro-Hadi berpangkalan di Arab Saudi, sementara kerajaan Houthi di Sanaa.

Sejak Mac 2015, pakatan tentera diketuai Arab Saudi memberi sokongan kepada Hadi, dan melakukan serangan terhadap kedudukan Syiah Houthi, terutama di Sanaa, menyebabkan ribuan orang awam menjadi mangsa. Ismaweb

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)


SUMBER : indahnyaislam.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com