www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Syazwan sertai Red Giants

0 month ago, 07-Nov-2018


KUALA LUMPUR: Meskipun masih tercari-cari jurulatih, ia tidak menghalang juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor daripada mendapatkan pemain baharu untuk mengharungi musim 2019.

Skuad The Red Giants itu mengambil langkah pantas pada jendela perpindahan pertama yang sedang dibuka ketika ini apabila sah mendapatkan khidmatpemain sayap Kedah, Syazwan Zainon.

Perkembangan itu diumumkan menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook FA Selangor, sebentar tadi.

Syazwan Zainon anggota keluarga terbaru skuad Merah Kuning.

Sukacita diumumkan bahawa Syazwan Zainon kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2019, kata kenyataan FAS itu.

Syazwan yang lebih mesra disapa "Wan Karpet ketika ini sedang menyertai tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan pada aksi Piala AFF 2018.

Namun,difahamkan Syazwan sudah menandatangani kontrak dengan Selangor sebelum berlepas ke Phnom Penh bagi mengharungi aksi pertama Piala AFF 2018 bertemu Kemboja, malam esok.

Sebagai rekod, Syazwan mula menyertai skuad Hijau Kuning sejak 2014 dan berjaya membantu Kedah merangkul Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih sertaPiala FA.


SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts