www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Syarikat pengeluar rokok Marlboro berjanji menghentikan pengeluaran dan jualan rokok, dengan pengenalan produk nikotin bebas-asap

0 month ago, 11-Jan-2019


Syarikat pengeluar rokok jenama Marlboro dan Chesterfield, Philip Morris International (PMI) yang merupakan syarikat pengeluar rokok terbesar di dunia dengan keuntungan RM320 bilion (USD78 bilion) setahun, baru-baru ini telah membuat pengumuman yang pihak mereka akan 'menghentikan penjualan rokok'.

Menurut The Drum, Philip Morris International telah berikrar untuk menghentikan pengeluaran dan penjualan rokok secara berperingkat pada tahun 2018, dengan tumpuan kini untuk memberi fokus kepada pengeluaran produk nikotin bebas-asap. Syarikat PMI begitu komited dan serius menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi dalam penghasilkan produk nikotin bebas-asap yang menelan belanja sebanyak RM18.4 bilion (USD 4.5 bilion).

Kredit : Sky News / Gambar Hiasan

Fokus utama syarikat ialah pemasaran bagi produk baru iQOS, satu peranti elektronik yang akan memanas, tetapi tidak membakar tembakau. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh syarikat, suhu yang rendah akan membantu mengurangkan penghasilan kimia yang membahayakan yang terdapat pada asap rokok sehingga 95 peratus.

Produk ini sudah dipasarkan ke beberapa buah negara dan mendapat sambutan di Jepun, Switzerland dan Itali. Tambahan produk terbaru iQOS direka dengan menghasilkan rasa yang sama seperti rokok tetapi tanpa asap dan bau dibakar. Kajian yang dijalankan ke atas sampel darah bagi mereka yang menggunakan produk ini juga menunjukkan ia memberi kesan yang kurang membahayakan kepada kerosakan tubuh badan.

Kredit : Sky News / Gambar Hiasan

Ketua Pegawai Eksekutif Philip Morris International, Andre Calantzopoulos berkata, pihak mereka memberi sokongan penuh kepada revolusi pengeluaran produk bebas-asap rokok sebagai alternatif.

Katanya, "Akhirnya pada satu masa nanti, cita-cita kami ialah perlu bagi kami untuk menggantikan rokok secepat mungkin dengan alternatif yang lebih baik, terutamanya bagi mereka yang mahu terus merokok."

Kredit : PMI

Tambahnya lagi, "Adalah jelas sekali dan pihak pengurusan juga menyedari, perniagaan kami perlu beralih dari rokok kepada produk ini. Dan itu sahaja, ayuh kita lakukan. Apa yang akan berlaku untuk jangka masa panjang? Jika iQOS menjadi generasi baru Marlboro, apa salahnya? Saya berharap ia menjadi begitu."

Manifesto bebas-asap rokok di laman sesawang syarikat PMI menyatakan aspirasi dan sasaran mereka, "Kami mahu dikenali lebih dari sekadar peneraju syarikat pengeluar rokok. Visi kami ialah produk ini akan mengantikan rokok. Mengapa kami melakukannya? Kerana kami perlu."

Kredit : Sky News / Gambar Hiasan

"Kami memahami terdapat berjuta-juta lelaki dan wanita di luar sana yang menghisap rokok. Mereka sedang mencari alternatif bagi produk yang tidak membahayakan dan memberi kepuasan apabila merokok. Dan kami akan memberi mereka pilihan. Masyarakat mengharapkan kami supaya bertindak dengan penuh tanggungjawab. Dan kami akan bertindak untuk mengikutinya."

Dengan kesedaran terhadap bahaya merokok terus meningkat, iQOS mungkin menjadi satu alternatif bagi perokok yang mahu mengurangkan kesan dan bahaya merokok kepada kesihatan. Walaupun kebanyakan negara terus mempromosi gaya hidup sihat tanpa rokok, jumlah perokok kian bertambah saban tahun. Dan produk ini akan terus dipasarkan.

Kredit : DJ Shop

Produk terbaru iQOS yang bebas-asap kini sudah dipasarkan di Malaysia dan ia boleh didapati di beberapa kedai tembakau terpilih.

Namun begitu, adalah lebih baik jika kita menjalani gaya hidup sihat tanpa rokok atau lain-lain produk alternatif kepada rokok. Kerana ia masih boleh menjejaskan kesihatan anda.

: World of Buzz

 

Syarikat pengeluar rokok Marlboro berjanji ‘menghentikan pengeluaran dan jualan rokok’, dengan pengenalan produk nikotin bebas-asap Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts