EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Syarat Pelepasan Negeri Semakin Diperketat, Patutkah Kita Ucap Terima Kasih Kepada Artis?

0 month ago, 06-Apr-2021

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai selebriti dan Instafamous yang didakwa menyalahgunakan surat kebenaran merentas negeri untuk kepentingan diri sendiri.

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila tular sekeping gambar mengenai permohonan surat kebenaran merentas negeri di sebuah balai polis.

Menerusi memo yang ditampal itu, pemohon yang mahu meminta kebenaran untuk merentas negeri perlu mengemukakan itinerari sepanjang perjalanan termasuk bukti aktiviti sepanjang setiap hati yang dipohon.

Memo itu juga turut memberitahu pemohon perlu membawa dokumen sokongan bagi mengelakkan kejadian yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Lah bodohnya. Satu kerja pulak kena prepared itinerary untuk berjalan. Macam gampang punya response untuk public. Tapi kalau kertas siasatan tu makan minggu nak settle https://t.co/99NadBrpcq

SEPOSEN (@seposenYS) April 5, 2021

Berikutan memo yang tular itu, di Twitter rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila permohonan surat merentas negeri seolah sudah diperketatkan.

Kata netizen rakyat sudah mengikut SOP sebaik mungkin, namun hanya kerana golongan kayangan sewenang-wenang melanggarnya, habis semua pihak menjadi mangsa.

https://twitter.com/FLjasmy/status/1379136950045605890

Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa berang, disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab selebriti dan Instafamous itu sekaligus menyusahkan ramai pihak yang sememangnya mahu meminta kebenaran atas urusan kerja dan berlaku kematian.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan memo yang tular itu. Apa pun sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...