www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Syakilla perlu bersaing, atasi berat badan

0 month ago, 15-May-2019


BERAT badan yang semakin bertambah kembali membelenggu atlet karate negara, Syakilla Salni.

Malah atlet kelahiran Kuala Lumpur turut dihantui dengan kenaikan berat badan yang mendadak sehingga 67.9 kilogram sehingga terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Karate-do K1 selaku kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Rabat, Maghribi bulan lalu.

Terbaru Syakilla yang pernah bergelar atlet nombor satu dunia bawah kategori 55 kilogram (kg) pada 2016 perlu berdepan dengan seorang lagi atlet negara P Madhuri jika ingin merebut tempat ke temasya Olimpik Tokyo 2020.

Madhuri, 20, mengumpul 1,050 mata untuk bergelar atlet nombor satu dunia bawah 21 tahun bagi kategori bawah 50kg berdasarkan raking yang dikeluarkan oleh Pesekutan Karate Dunia (WKF).

Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad menegaskan bahawa MAKAF tidak pernah mengabaikan atlet itu dan kini memberi pilihan buat Syakilla untuk menukar kategori sekiranya dia berdepan dengan masalah menurunkan berat badan.

"Berat badan Syakilla kini 67.9kg. Begitupun MAKAF sentiasa mengambil berat mengenai Syakilla dan dia mempunyai tiga pilihan sama ada untuk beraksi bawah 55kg, bawah 61kg atau atas 61kg.

"Semua terpulang kepadanya tapi untuk ketiga-tiga kategori itu dia perlu kekalkan berat badan yang ideal dan mengikut program ISN (Institut Sukan Negara) selain perlu bersaing dengan atlet sedia ada dalam setiap kategori berkenaan," katanya.

Menurut Azmi lagi, nama Syakilla turut disenaraikan ke Kejohanan Karate Siri A Istanbul bermula Jumaat ini namun ditolak oleh pemenang pingat emas Sukan Asia Incheon, itu.




SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts