EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Abu Syafiq Dapat Kerjasama Dari Facebook Susulan Komen Palsu Mengenai Ebit Lew

0 month ago, 10-Jun-2021

Pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asyary berjaya mendapatkan rekod persetujuan dengan Facebook di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Syarikat tersebut bersetuju memberikan maklumat mengenai asal-usul komen dan sorotan skrin palsu, dan pemunya akaun palsu yang digunakan untuk memfitnah serta menjatuhkan nama beliau.

IKLAN

Maklumat dari syarikat konglomerat teknologi Facebook tersebut penting bagi membantu Abu Syafiq dalam beberapa kes saman fitnah siber yang diambil tahun lepas setelah mendakwa akaun beliau digodam dan disalahguna di laman media sosial tersebut.

Saman pemula tersebut diambil oleh anak guam, Abu Syafiq untuk mengenal pasti penyebar fitnah yang menggunakan gambar, tangkapan layar dan foto yang dicipta, ditulis atau dibuat secara palsu oleh pihak ketiga, sama ada melalui teknik penggodaman atau penyuntingan, kata peguam Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

Anak guam tidak pernah menulis atau memuat naik mana-mana bahagian kenyataan dan postings di laman media sosial tersebut, tambah Nurul Hafidzah.

Facebook juga telah bersetuju dan perintah itu direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Puan Rohatul Akmar Abdullah untuk memberikan maklumat pemilik sebenar, e-mel, dan lain-lain maklumat berkaitan mengenai dua akaun palsu yang telah digunakan di laman media sosial tersebut dengan tujuan untuk menyamar dan mengejek plaintif termasuk membuat postings dan kenyataan berbaur fitnah yang mana telah memberi gambaran bahawa semua kenyataan tersebut dimuat naik oleh beliau.

Dalam saman beliau sebelum ini, Abu Syafiq menamakan Facebook sebagai defendan.

Plaintif sebelum ini telah memfailkan tindakan serupa iaitu memohon perintah penzahiran ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada tahun lepas selepas gagal mendapatkan maklumat mengenai aduan yang telah dibuat.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menjelaskan yang Facebook bukan di bawah bidang kuasa mereka. Justeru dengan itu, plaintif telah membuat keputusan mendapatkan maklumat dari Facebook bagi mendapatkan perintah penzahiran.

Abu Syafiq bergantung pada maklumat yang akan dikongsikan Facebook untuk mengenal pasti individu-individu yang telah mencipta nama dan gambar akaun yang serupa dengan laman Facebook beliau, mengambil alih dan/atau menggodam akaun sebagai pentadbir akaun, dan membuat perubahan di akaun beliau.

Komen palsu yang mengkafirkan Ustaz Ebit Lew

Plaintif juga memohon asal-usul dan maklumat berkenaan komen dan sorotan komen palsu yang mengkafirkan Ustaz Ebit Lew didedahkan oleh Facebook.

Dengan kejayaan memperoleh maklumat dari Facebook, beliau akan dapat mengenal pasti sumber dan individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah melalui akaun-akaun palsu dan komen palsu yang tidak ditadbir, tidak dimiliki, tidak dikawal dan tidak dibuat oleh Abu Syafiq.

Kesemua akaun tersebut; laman yang dipercayai digodam dan/atau akaun yang ditukar nama, dan dua akaun palsu tersebut bukan ditadbir oleh Abu Syafiq.

Terdahulu, pada bulan Julai tahun lepas, Abu Syafiq telah memfailkan saman fitnah terhadap tiga individu termasuk terhadap pengacara Amin Idris kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Beliau mengambil keputusan tersebut bagi membersihkan namanya dan menegaskan tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh tiga defendan tersebut.

Plaintif cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan baik namun setelah ketiga-tiga defendan enggan meminta maaf maka beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan kebenaran setelah imej, reputasi dan namanya dicemari oleh pihak-pihak tertentu.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...