EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Baru Nak Sweet, Tiba-Tiba Tindakan Adik Anzalna Nasir Ini Mengejutkan Suaminya

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Pelakon cantik Anzalna Nasir sentiasa aktif membuat hantaran di media sosial.

Antara yang dikongsikan adalah berkaitan keluarganya termasuklah adik-beradik.

Terbaharu, Anzalna telah memuat naik satu video TikTok di Instagram miliknya pada 13 Januari 2021.

Hantaran itu menunjukkan adik perempuan Anzalna iaitu Nazirah Nasir dengan suaminya, Umar Annuar cuba membuat aksi comel bersama.

Melalui video tersebut, dapat dilihat Nazirah meluru ke arah Umar untuk didukung.

Namun perkara tidak disengajakan telah berlaku apabila kaki Nazirah tertendang bahagian yang tidak sepatutnya.

Menyedari perkara itu, aksi mereka terhenti dengan suaminya kelihatan menahan sakit.

Perkongsian tersebut dilihat sangat lucu dengan muzik latar daripada TikTok.

Di ruangan komen pula, ramai yang meninggalkan reaksi mereka kerana turut merasa lucu dengan perkongsian tersebut.

Semoga Umar baik-baik saja!

 

Baca artikel berkaitan: Aksi Kaki Anzalna Nasir Digilis Kereta Kembali Mengundang Tawa Netizen

: Instagram Anzalna Nasir

Baru Nak Sweet, Tiba-Tiba Tindakan Adik Anzalna Nasir Ini Mengejutkan Suaminya first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...