EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Susulan Isu Persenda Bahasa Inggeris Guru Di TikTok, Yusuf DJ Hitz FM Letak Jawatan

0 month ago, 23-Feb-2021

Dikecam hebat sebelum ini gara-gara tindakannya mempersendakan gaya sebutan Bahasa Inggeris seorang guru wanita, penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri dilaporkan telah meletak jawatan berkuat kuasa pada 22 Februari 2021.

Yusuf : Google  

Hebahan mengenai perkara tersebut telah dibuat wakil stesen radio berkenaan menerusi akaun media sosial Instagram untuk makluman.

Advertisement

“Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami menerima makluman perletakkan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021.”

Terdahulu, Yusuf difahamkan telah membuat video reaksi di aplikasi TikTok di mana dia seolah-olah telah mempersenda lenggok dan cara percakapan seorang guru wanita yang sedang menyampaikan subjek sains dalam bahasa Inggeris menerusi saluran DidikTV.

View this post on Instagram

A post shared by Susup (@ssupyusuf)

Tindakan tersebut telah mengundang kecaman netizen terutamanya di Twitter di mana perbuatannya yang ketawa terbahak-bahak seperti sedang memperlekehkan cara penyampaian guru tersebut.

Namun, pada hari Jumaat yang lalu, penyampai radio berkenaan telah tampil memohon maaf kepada guru terbabit dan mengakui kesilapannya kerana mencerca seorang guru yang sedang menyampaikan ilmu kepada anak murid di rumah.

Susulan Isu Persenda Bahasa Inggeris Guru Di TikTok, Yusuf DJ Hitz FM ak Jawatan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...