EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Suspek bunuh Lady Cacabella meninggal dunia

0 month ago, 09-Feb-2020

TEMAN lelaki yang juga suspek utama pembunuhan seorang wanita di sebuah rumah di Kampung Padang Balang, Sentul pada 5 Februari lalu disahkan meninggal dunia kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, suspek meninggal dunia akibat meminum cecair pencuci lantai selepas kejadian berkenaan.

Pada 5 Februari lalu, suspek yang berada di tempat kejadian ditemui dalam keadaan lemah kerana mengalami muntah darah dan sesak nafas dipercayai selepas meminum cecair pencuci lantai.

Suspek dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia kelmarin, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rajab berkata, siasatan kes kini masih diteruskan dan menunggu arahan lanjut untuk tindakan seterusnya.

Pada 5 Februari lalu, seorang wanita maut ditikam di percayai oleh teman lelakinya sendiri di sebuah rumah di Kampung Padang Balang.

Teman lelaki mangsa kemudian bertindak meminum cecair pencuci lantai dipercayai untuk membunuh diri selepas kejadian itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Lady Cacabella berusia 24 tahun dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan selalu berkunjung ke rumah teman lelakinya itu yang berusia 43 tahun kerana masing-masing sudah mengenali antara satu sama lain untuk tempoh yang lama.

Malah, mangsa turut dikenali ahli keluarga lelaki terbabit.

Kejadian itu disedari ahli keluarga teman lelaki mangsa yang kemudian menghubungi polis.

Berita berkaitan

Belum sedar diri

Tikam Lady Cacabella


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...