EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Suruh pelanggan scan suhu, pakcik guard ditampar hingga jatuh pengsan

0 month ago, 10-Jun-2021

Pemeriksaan suhu badan merupakan 1 peraturan wajib bagi setiap individu yang ingin memasuki sesuatu premis di luar, terutamanya kompleks beli-belah atau pasaraya.

Biasanya, pemeriksaan tersebut dilakukan sekali sahaja di pintu masuk premis dan dikendalikan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Bagaimanapun, masih ada juga yang enggan mematuhi arahan staf keselamatan dan menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang leceh.

Baru-baru ini, tular video berlaku kekecohan di kawasan pintu masuk sebuah pasaraya terkemuka kerana pengawal keselamatan bertekak dengan seorang pelanggan.

Kekecohan itu bermula apabila pelanggan itu ditegur untuk memeriksa suhu badan terlebih dahulu sebelum masuk ke pasaraya untuk membeli barang.

@ashhpopo

@tescomalaysia #fyp #kotabharu #tiktokkelantan kena tampar sebab tegur tidak scan suhu.

? original sound ashhpopo ashhpopo

Namun begitu, pelanggan terbabit enggan lalu naik berang lantaran itu berlakulah pertengkaran dengan Pakcik Guard yang mengarahkannya berbuat sedemikian.

Beberapa saat kemudian, Pakcik Guard itu dilihat jatuh pengsan apabila ditampar oleh pelanggan biadap itu secara tiba-tiba.

Difahamkan lagi, pelanggan yang juga menaiki sebuah kenderaan mewah terus melarikan diri sebaik sahaja menyerang Pakcik Guard tersebut.

Nasib baiklah, si perakam video sempat mengambil nombor plat pemilik kenderaan itu untuk tindakan lanjut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi marah terhadap si pelaku yang disifatkan sebagai kurang ajar berkenaan.

: TikTok @ashhpopo



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...