www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


SURAT TERBUKA ISU PTPTN

0 month ago, 06-Dec-2018



SURAT TERBUKA ISU PTPTN

1. Saya merupakan seorang graduan dari universiti awam.Saya juga merupakan salah seorang peminjam PTPTN yang baru mendapat pekerjaan dengan gaji sebanyak RM 2 000 sebulan.
Dengan polisi terbaru yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, gaji saya akan dipotong sebanyak 2% setiap bulan.

Mungkin ianya bukan angka yang besar bagi sesetengah orang,tetapi tidak bagi graduan yang baru mula menapak,tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kos sewa rumah,pengangkutan pergi balik kerja,perbelanjaan harian. Tidak lupa juga wang kiriman keluarga di kampung.

2. Bagi golongan berpendapatan tinggi pula iaitu RM8 000 ke atas,mereka perlu membayar RM 1 200 ke atas sebulan. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, mereka mempunyai komitmen membayar rumah, bulanan kereta, menjaga ibu bapa,perbelanjaan anak-anak dan sebagainya. Ini amat bertentangan dengan perjanjian yang dipersetujui dahulu.

3. Justeru,persoalannya adakah perjanjian berserta duti stem yang telah ditandatangani semasa mula meminjam dahulu terbatal begitu sahaja? Sepatutnya perlu membayar RM 250 sebulan tiba- tiba dinaikkan berkali ganda sehingga lebih RM 1000.

4. Bagaimana pula dengan manifesto yang dibuat oleh kerajaan untuk menangguhkan bayaran PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang RM 4 000?

5. Besar harapan saya supaya pihak bertangunggjawab dapat meneliti semula dan mengkaji polisi pembayaran balik pinjaman PTPTN yang telah dikeluarkan baru-baru ini demi kebaikan semua.

Nukilan,
Fatihah Nabilah
Negeri Sembilan

Dari fb: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=494918157665529&id=100014420468002

SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts