EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Liga Super musim ini sukar'

0 month ago, 22-Jul-2019

PENYERANG Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche mengatakan aksi Liga Super musim ini lebih berkualiti berbanding musim lalu menyebabkan dia sukar bergerak bebas selepas dikawal ketat pertahanan lawan.

Pemain kelahiran Ivory Coast itu menyatakan kegagalan pasukannya menamatkan kedudukan lebih baik berbanding musim lalu menggambarkan saingan sengit dan sukar dilalui skuadnya musim ini.

Terengganu berada di tangga ketujuh Liga Super mengutip 30 mata.

Malah lebih memeritkan pemain digelar 'Drogba Ganu itu apabila dia hanya meledak enam gol dalam saingan liga dan dua gol Piala FA.

Musim lalu, dia menjaringkan 14 gol dalam saingan liga untuk muncul penjaring kedua terbanyak di belakang penyerang Selangor, Rufino Segovia.

Saya tidak berpuas hati kami menamatkan saingan liga musim ini di tangga ketujuh berbanding kelima tahun lalu.

Kami sepatutnya kami mampu berada di kedudukan lebih baik.

Saya hanya mampu menjaringkan enam gol dan jauh lebih rendah dibandingkan tahun lalu.

Saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun ini sukar dan lebih sengit selain kian meningkat. Ini adalah petanda yang baik bagi bola sepak negara, ujar Tchetche.

Bekas penyerang kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman itu mengakui sudah memberikan khidmat terbaik kepada pasukannya biarpun gagal meledak lebih banyak jaringan musim ini.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com