EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Sungguh penat ku hidup di dunia' - Status terakhir sebelum rider terbabit dalam kemalangan maut ketika konvoi RXZ

0 month ago, 17-Sep-2020


Seorang penunggang motosikal maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di KM 409.08 Lebuhraya PLUS dari Lembah Beringin menghala ke Tanjung Malim. 

Difahamkan, mangsa, Shahiran Shahir. mengikuti konvoi motosikal RXZ dari Kuala Lumpur menuju ke Tapah pada pagi Rabu, 16 September, 2020. 

Menurut saksi kejadian, tiga buah motosikal bergesel sesama sendiri, lalu terbabas. 

"Seorang dari mangsa terjatuh dari motosikal dan tercampak ke lorong tengah lebuhraya. 

"Sebuah kereta Perodua Myvi yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa," katanya. 

Mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian, manakala dua lagi yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. 

Sementara itu, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat. 








Sementara itu saudara mangsa, Are Mien Rashid, meminta orang ramai tidak melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap arwah. 

"Janganlah berkata-kata andai kita tidak mengetahui keadaannya. Jangan kita yang menghukum. Mohon semua doakan yang baik-baik untuk arwah, anak sepupu saya. Tenang dan rehatlah abey kat sana yer," katanya. 

Menurut Are Mien, Shahir sempat memuat naik kata-kata terakhirnya di Instagramnya sebelum terbabit dalam kemalangan maut itu, seolah-olah sudah mengetahui yang dirinya akan pergi buat selama-lamanya.


"Arwah memang baik sangat. Pendiam dan tak banyak cakap. Balik kampung, selalu jumpa dia di masjid. 

"Arwah sangat baik. Sedih sangat-sangat bila baca coretan terakhir arwah seperti sudah mengetahui," katanya.

: Info Road JPJ/POLIS


: thereporter.my

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...