EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Sumpah Sedap Makan Daging Wagyu Short Rib Teriyaki Donburi Di Nobu KL!

0 month ago, 06-Nov-2019

Bagi penggemar makan makanan Jepun, pastinya kamu cukup arif dengan cara penyediaan masakan dari negara matahari terbit ini, teknik masakan yang berkualiti tinggi bersama visual makanan yang cukup kreatif dan menarik membuatkan kita rasa tidak sampai hati nak makan!

Ya begitulah yang penulis rasakan apabila berkunjung ke Nobu Kuala Lumpur baru-baru ini untuk merasa menu makanan makan tengah hari yang terbaru di sana. Kunjungan penulis ke restauran Jepun ini sememangnya tidak mengecewakan perut penulis yang sememangnya kaki makan ini.

Foto Arkib Wanista

Dengan pelbagai variasi menu makanan yang berkonsepkan koleksi makanan Noon at Nobu ini, menawarkan pilihan menu yang mampu membuat kaki makan makanan Jepun tersungkur kerana melihat barisan menu makanan yang lazat-lazat dan sedap di restauran Nobu KL.

Koleksi pelbagai menu terbaru untuk makan tengah hari yang eksklusif ini telah di cipta oleh Eksekutif Chef Philip Leong, bagi menyambut dan memberi pengalaman kepada pelanggan untuk menikmati menu makanan waktu makan tengah hari dengan rasa yang segar dan unik, sambil di temani dengan panorama bandaraya Kuala Lumpur!

Menu 1 Butter tuce Salad Dry Miso

Sebagai pembuka selera, penulis mencuba Butter tuce Salad Dry, rasa salad dan tomato segar yang bercampur bersama miso dan juga mentega memberikan rasa unik kepada penulis. Tekstur masin pada salad menjadikan ia sebagai pembuka selera yang sesuai sebelum mencuba menu makanan makan tengah hari.

Foto Arkib Wanista

Menu 2 Seafood Ceviche

Menu pembuka selera yang seterusnya adalah Seafood Ceviche, kombinasi diantara makanan laut, sayur dan sos masam dan pedas ceviche membuatkan hidangan ini membuka selera perut penulis! Tekstur masam dan pedas yang di serap ke dalam makanan laut yang segar ini membuatkan penulis kerap menelan air liur sambil menunggu menu seterusnya.

Foto Arkib Wanista

Menu 3 Umami Chicken Kara-age

Biasa dengar Chicken Karage? Nah, ini versi Nobu KL iaitu Umami Chicken Kara-age. Ayam goreng yang bersalut tepung rangup ini membuatkan kaki makan tidak berhenti makan! Saiz Umami Chicken Kara-age yang sedang-sedang elok dengan kuantiti yang sesuai ini menjadi ia sebagai menu makanan pembuka selera yang sesuai sementara menunggu menu makan tengah hari siap di hidang ke meja.

Foto Arkib Wanista

Menu 4 Grilled Chicken Truffle Teriyaki

Okay, menu makan tengah hari yang penulis tunggu-tunggu dah tiba! Hidangan Grilled Chicken Truffle Teriyaki, serius cakap rasa ayam yang lembut dan empuk ini membuatkan perut penulis berpesta gembira! Ayam panggang bersama truffle dan sos teriyaki ini membuatkan penulis tidak mahu berhenti mengunyah makanan. Selain ayam panggang,sayur cendawan shitake, baby corn serta tomato cherry menjadi peneman setia penulis.

Foto Arkib Wanista

Menu 5 Beef Tenderloin Wasabi Pepper

Seterusnya penulis mencuba hidangan Beef tenderloin Wasabi Pepper, rasa daging yang sangat empuk dan lembut di lidah membuatkan penulis kaku sebentar! Tak sangka sangat empuk tekstur daging terderloin ni. Mula-mula penulis tak mahu makan hidangan ni sebab ada sos wasabi, almaklum penulis kurang gemar rasa wasabi tetapi akhirnya penulis gagahkan diri untuk mencuba hidangan ini. Nasib baik sedap, rasa wasabi dan black pepper yang seimbang membuatkan penulis bisa makan hidangan ini dengan nikmat dan tenang!

Foto Arkib Wanista

Menu 6 Cauliflower Steak with Corn Salsa

Hah, menu yang ini bagi penulis agak novel sedikit kerana sentuhan kreatif chef bagi menghasilkan menu sayuran yang sedap dengan rasa yang unik, menarik minat penulis untuk mencubanya. Hidangan sayur bunga kobis bersama jagung salsa hijau ini memberi rasa unik di lidah penulis. Terus terang penulis agak picky sedikit bab-bab sayur ni, jadi menu ini bagi penulis agak okay.

Foto Arkib Wanista

Menu 7 Lobster Wasabi Pepper

Penggemar makanan laut segar patut cuba menu ini, Lobster Wasabi Pepper. Alahai wasabi lagi, nasib baik tekak penulis boleh masuk! Rasa udang karang segar mendominasi rasa wasabi tu, nasib baik. Tambahan lagi sos black pepper telah di serap ke dalam udang membuatkan lidah penulis dapat menikmati rasa udang dan sos black pepper yang seimbang dan sedap.

Foto Arkib Wanista

Menu 8 Bento Box

Di restauran Jepun tak sah kalau tak ada set Bento betul tak? Begitu juga di restauran ternama Nobu KL ini, set Bento Box ini merupakan pilihan kebanyakan pelanggan yang ingin mencuba rasa makanan Jepun yang asli! Jadi penulis rekomen set ini jika kamu ingin mencuba menu makanan Jepun yang tulen.

Foto Arkib Wanista

Menu 9 Wagyu Short Rib Teriyaki Donburi

Okay dalam banyak-banyak menu yang penulis cuba, serius cakap menu yang ini buat penulis tak mampu nak cuba hidangan yang lain! Sebab apa, rasa daging wagyu dengan sos teriyaki yang berkilau-kilau ni menggoda mata dan perut penulis untuk tidak mencuba menu lain. Serius penulis rasa di gam apabila mencuba hidangan Wagyu Short Rib Teriyaki Donburi ni, sumpah lazat, kamu wajib cuba tau hidang ni di Nobu KL.

Foto Arkib Wanista

Menu 10 Green Tea Fiji Shaved Ice

Bagi mengakhir sesi makan tengah hari di Nobu KL ini, penulis memilih Green Tea Fiji Shaved Ice sebagai pencuci mulut! Penulis sangat-sangat menggemari perasa teh hijau sejak zaman universiti lagi, rasa ais kepal teh hujau bersama pes kacang merah, bebola mochi teh hijau dan tuile ini adalah pilihan yang sempurna bagi penulis mengakhiri sesi makan tengah hari di restauran Jepun ini sambil menikmati panorama bandaraya Kuala Lumpur.

Foto Arkib Wanista

Jadi jangan ketinggalan untuk mencuba pelbagai menu baharu untuk set makan tengah hari di restauran Nobu KL ini, kerana rasa yang lazat memberi kepuasan yang tersendiri kepada diri!

Nobu KL di buka daripada hari Isnin hingga Jumaat, waktu makan tengah hari bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang untuk tempahan kamu boleh hubungi restauran Nobu di talian yang tertera di bawah atau kunjungi terus Nobu KL di alamat berikut.

Alamat: Aras 56, Menara 3 Petronas, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Tel: 03-2164 5084

WhatsApp: 019-389 5085


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...