EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Sumbangan Dermawan Bantu Kelansungan KAMI

0 month ago, 10-Jul-2019

Antara penderma yang menyerahkan sumbngannya kepada Menteri Besar pada Majlis Makan Malam Amal Media 2019

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU Hasil sumbangan daripada para dermawan yang telah membantu Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) terus bertahan dan aktif melalukan pelbagai aktiviti.

Pengerusi KAMI, Naraza Muda berkata, dengan sumbangan itu secara tidak langsung juga telah membantu para aktivis membongkar serta merobohkan kerajaan sebelum ini, membazirkan duit rakyat.

Semoga akan terus ada keyakinan (para dermawan) untuk membantu KAMI untuk meneruskan aktiviti, jelasnya.

Beliau berkata demikian, ditemui pihak media pada Majlis Makan Malam Amal Media KAMI bersama Menteri Besar Terengganu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, di NR Cafe, Isnin, 8 Julai.

Para dermawan sentiasa membantu dan dihimpunkan pada majlis makan malam berkenaan semenjak mula diadakan pada tahun 2015, dan yang diadakan semalam merupakan kali yang keempat.

Katanya, tidak kurang dari 300 orang yang hadir semenjak ianya diadakan, kecuali pada tahun 2018 tidak diadakan kerana pada waktu itu sedang berhadapan dengan pilihan raya.

Alhamdulillah, malam ini kita dapat bersama sekali lagi dengan 300 lebih jemputan juga daripada kalangan dermawan yang telah memberi sokongan padu kepada KAMI selama ini, jelasnya.

Beliau mengharapkan agar akan terus ada sumbangan dan sokongan dari para dermawan untuk terus menabur jasa kepada agama serta memenangkan PAS melalui gerak media.




Live Website Traffic





www.edisiviral.com