www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Sumareh kini awang tempatan

0 month ago, 14-Jan-2019


Sumareh tidak perlu menunggu sehingga 2023 untuk menjadi pemain tempatan apabila MFL menerima rayuan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) untuk mendaftarkan pemain naturalisasi negara itu dalam saingan Liga Malaysia berkuatkuasa hari ini. FOTO: SPORTFLEX MALAYSIA

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) akhirnya menerima rayuan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) untuk mendaftarkan pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia berkuatkuasa hari ini.

Keputusan ini dicapai dan dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MFL dan pemain kelahiran Gambia itu boleh didaftarkan pada Jendela Perpindahan Pertama musim 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, Peraturan Manual Liga Malaysia menetapkan syarat bagi pemain naturalisasi hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan 5 tahun selepas pemain tersebut mendapat pasport warganegara yang sah.

Ini bermaksud Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan mulai tahun 2023. Walaubagaimanapun, selepas penelitian pihak MFL, Sumareh didapati telah bermastautin di Malaysia sejak umur 12 tahun.

Selepas perbincangan yang dilakukan, keputusan telahpun dicapai oleh Lembaga Pengarah MFL pada 28 September 2018 untuk membuat pengecualian syarat pendaftaran 5 tahun selepas pemain tersebut mendapat pasport warganegara yang sah dan membenarkan Sumareh didaftar sebagai pemain tempatan bukan lagi lima tahun tetapi hanya satu tahun dari tarikh permohonan PBNP iaitu dari 2 Mac 2019.

Menurut keputusan yang dicapai oleh Lembaga Pengarah MFL pada 28 September 2018 itu, PBNP hanya boleh mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan dari 2 Mac 2019.

PBNP pula kemudian telah membuat rayuan untuk membenarkan Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan pada Jendela Perpindahan Pertama oleh kerana 2 Mac 2019 tersebut adalah tarikh selepas penutupan Jendela Perpindahan Pertama musim 2019.

Namun selepas pertimbangan yang sewajarnya oleh Lembaga Pengarah MFL di mana pemain tersebut telahpun mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan lebih-lebih lagi berjaya membawa pasukan kebangsaan ke peringkat akhir Piala AFF 2018, Lembaga Pengarah MFL telah mengambil keputusan untuk membenarkan permohonan kedua pasukan PBNP untuk membenarkan pendaftaran Sumareh dalam Jendela Perpindahan Pertama musim 2019.

Sebagai suatu usaha yang mempunyai anjakan paradigma ke arah penambahbaikan Liga Malaysia, Lembaga Pengarah MFL percaya bahawa keputusan ini adalah suatu keputusan yang telus dan adil kepada pasukan PBNP dan juga pemain tersebut, katanya.

MFL sebelum ini mendedahkan status Sumareh sama ada boleh didaftar bakal terjawab sebelum 16 Januari ini selepas PBNP telah menghantar surat permohonan kepada MFL untuk membenarkan pendaftaran Sumareh sebagai pemain tempatan pada 2 Mac 2018.

Sumareh kini awang tempatan Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts