www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Anak sulung hebat diuji, bapa luah sokongan buat Bella Astillah

0 month ago, 16-May-2019


Kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya menemui noktah apabila mereka sah bercerai petang tadi di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Bella Astillah telah memaklumkan bahawa dia dan Aliff sudah pun berpisah menerusi Instagramnya selepas segala urusan di mahkamah selesai.

Kekecewaan terhadap suaminya nyata tidak dapat dibendung lagi apabila Aliff berlaku curang berkali-kali terhadap dirinya walaupun sudah mempunyai seorang zuriat berusia 2 tahun.

Sedar akan derita yang ditanggung oleh Bella, bapa Bella iaitu Agastillah telah memuat naik kata-kata semangat kepada anak sulungnya dalam menghadapi dugaan mencabar ini.

Ayah doakan anak ayah baik2 sahaja biarla orang nak cakap apa kakak masih ada kelurga yang selalu d belakang kakak Ujarnya.

Menerusi muat naik tersebut juga, para kenalan dan juga teman rapat keluarga Bella Astillah turut mendoakan agar wanita itu sentiasa kuat dan bersabar dalam mneghadapi dugaan tersebut.

: Agastillah

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts