EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Anak sulung Bill Gates pilih equestrian Mesir sebagai teman hidup

1 month ago, 21-Oct-2021

Anak sulung kepada pasanganbillionaire, Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda, berkahwin dalam satu upacara di Westchester, New York.

Lapor NDTV, Jennifer, 25, akhiri zaman bujangnya denganequestrian(ahli menunggang kuda) dari Mesir, Nayel Nassar, 30.

Pada majlis itu, Jennifer memakai busana pengantin rekaan Vera Wang, manakala pengantin lelaki memakai tuksedo hitam dengan baju putih dan tali leher kupu-kupu.

Upacara mewah itu diadakan di rumah keluarga di tapak seluas kira-kira 57 hektar di di Salem Utara, dengan kehadiran 300 tetamu.

Media sebelum ini melaporkan Bill Gates dan Melinda Gates secara rasmi bercerai pada Ogos tahun ini, selepas perkahwinan selama 27 tahun.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Anak sulung Bill Gates pilih equestrian Mesir sebagai teman hidup The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...