EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sultan Johor kurnia darjah DMIJ kepada empat individu

0 month ago, 22-Nov-2020

JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu.

Tiga lagi ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Salehuddin Hassan, Mejar Cina David Wong Khoong Soon dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) Avinderjit Singh Harjit Singh.

Wong,berketurunan Wong Ah Fook, yang dilantik sebagai Mejar Cina atas perkenan Sultan Ibrahim padaSeptember lepas, menjalankan tugas dan bekerjasama dengan YSIJ dalam menyelaras, mengatur dan melaksanapengagihan kurniaan barangan keperluan makanan kepada penduduk negeri itu.

Menerusihantaran yang dimuat naik dilaman Facebook rasmi Sultan Johor, pengurniaan darjah yang membawagelaran Datuk berkenaan berlangsungdiBalai Mengadap, Istana Pasir Pelangi, pagi tadi bersempenaulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-62.

Turut berangkatTunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir samaMenteri Besar JohorDatukIr Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri JohorDatukAzmi Rohani.

BERNAMA

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...