EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sukan Olimpik 2020 ditunda ke tahun hadapan

0 month ago, 26-Mar-2020

Ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebulat suara membuat keputusan secara rasmi untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga tahun hadapan.

Keputusan untuk menangguhkan temasya sukan paling berprestij di dunia itu dilakukan setelah permohonan rasmi telah dibuat oleh Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun baru-baru ini.

Tokyo 2020/Getty Images

Kami bersetuju bahawa penangguhan (Sukan Olimpik) adalah jalan terbaik untuk memastikan kesemua atlet berada dalam keadaan terbaik ketika beraksi selain menjamin keselamatan para penonton, kata Abe.

Perkara itu turut mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Presiden IOC, Thomas Bach selepas pihaknya menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuklah Kanada, Australia dan United Kingdom yang sebelum ini membuat keputusan menarik diri.

Tokyo 2020

Sebelum ini, Bach menjelaskan bahawa pembatalan Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak termasuk dalam agenda IOC namun tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula senario yang berbeza untuk temasya akan datang.

Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata bahawa penangguhan sukan tersebut adalah satu tindakan yang harus dilakukan jika COVID-19 tidak pulih dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Menurut Yuriko Koike selaku Gabenor Tokyo, temasya yang sepatutnya berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos itu akan dilangsungkan pada musim panas tahun 2021 dan akan dijenamakan sebagai Tokyo 2020.

Sukan Olimpik 2020 ditunda ke tahun hadapan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...