www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Sukan SEA 2019 Filipina: Bapa barakan semangat Prabudass

0 month ago, 14-May-2019


PELARI jarak jauh negara K. Prabudass yang kini memegang rekod kedua terpantas negara acara 5,000 meter (m) menyifatkan bapanya merupakan sumber inspirasi utamanya.

Bapanya G. Krishnan merupakan bekas pemenang pingat perak Sukan SEA, dan pelari Malaysia pertama berjaya mencatatkan masa bawah 15 minit bagi acara 5,000m.

Kini, Prabudass, pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, mempunyai potensi besar mengatasi kejayaan bapanya itu, selepas melakukan catatan peribadi terbaiknya (PB) 14 minit dan 33.10 saat (s) di siri kedua Kejohanan Olahraga Universiti Sains Nippon di Kenshidai, Jepun, semalam.

Ini merupakan catatan peribadi terbaik kedua bagi anggota Tentera Laut Diraja berpangkat Lans Koperal itu, apabila beliau mencatatkan masa 13:37.52s pada siri pertama kejohanan tersebut bulan lepas, yang disertainya atas perbelanjaannya sendiri.

Namun demikian, catatan itu masih terlalu jauh berbanding rekod kebangsaan berusia 25 tahun, dilakukan bekas jaguh jarak jauh negara M. Ramachandran, 14:06.84s, di Troisdorf, Jerman, pada Ogos 1994.

Bagaimanapun pelari berusia 29 tahun dari Negeri Sembilan itu, berpeluang memenangi pingat emas Sukan SEA Filipina 2019, kerana catatan terkini itu lebih baik daripada 14:55.15s yang dicatatkan Nguyen Van Lai dari Vietnam yang mempertahankan pingat emasnya pada edisi ke-17, yang mana Prabuddas memenangi pingat Perak (14:57.43s).

Bagi Prabuddass beliau tidak mahu berpuas hati dengan pencapaian terkini beliau itu, tetapi mahu berusaha lebih kuat dan mengekalkan prestasi terbaik untuk kejohanan dwi-tahunan bermula dari 30 November hingga 11 Disember

Saya gembira dengan prestasi saya mencatatkan masa peribadi terbaik saya dua kali dalam masa tiga minggu. Saya perlu berbincang dengan jurulatih saya (Jean-Pierre Lautredoux) mengenai kejohanan yang akan datang dan perkara yang saya boleh perbaiki.

Masih agak jauh lagi ke Sukan SEA, jadi saya mahu menumpukan kepada latihan, dan terus memperbaiki masa saya. Memenangi pingat emas adalah tugas berat, kerana ada ramai pelari dari Vietnam dan Indonesia yang akan memberikan saingan hebat.

Bapa saya adalah idol saya, dan dialah sebab untuk saya menjadi pelari jarak jauh. Dia bekas pemegang rekod kebangsaan dalam acara 5,000m, dan pelari Malaysia pertama mencatatkan masa di bawah 15 minit, katanya ketika dihubungi di Jepun. – Bernama

Sukan SEA 2019 Filipina: Bapa barakan semangat Prabudass Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts