EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sufian ambil 'mood' jatuh cinta

0 month ago, 23-Mar-2020

SELEPAS muncul dengan single Janji, Sufian Suhaimi teruja berkongsi kepada peminat mengenai kemunculan single baharu, Inikah Dikatakan Cinta tidak lama lagi.

Menariknya, menerusi lagu itu, Sufian bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dan kali pertama dengan penulis lirik, Datuk A Aida.

Lebih mengujakan Sufian apabila lagu itu dicipta khas menjadi lagu tema drama Di Hujung Ranting terbitan A Aida Production yang bakal bersiaran di saluran RTM pada Ramadan ini.

Saya tidak menjangka akan keluar single baharu lagi dalam masa terdekat ini. Lagipun lagu Janji baharu saja dilancarkan bulan lalu. Tapi, saya menganggap ia rezeki.

Apatah lagi, lagu ini hasil ciptaan Ikhwan dan Wan Saleh yang mana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Jadi, saya tahu hasil kerja mereka macam mana.

Kali pertama dengar lagu ini dan baca lirik, saya terus suka. Lagu ini pun catchy. Terima kasih pada pihak Datuk A Aida kerana memilih saya untuk merakamkan lagu ini, katanya.

Sufian yang ditemui ketika proses rakaman mengakui enjoy sepanjang proses rakaman.

Mood lagu ini memerlukan saya jatuh cinta. Jadi, saya perlu nikmati melodi dan lirik lagu ini. Disebabkan itu, saya kena enjoy.

Kali pertama bekerjasama dengan penulis lirik, A Aida.
Kali pertama bekerjasama dengan penulis lirik, A Aida.

Macam biasa, sepanjang proses rakaman ada bahagian yang komposer perlu betulkan dan nyanyi seperti apa yang mereka inginkan. Saya juga berikan beberapa nada untuk dibuat pilihan mana yang sesuai.

Alhamdulillah, semuanya suka dan berjalan lancar. Ini pengalaman pertama saya juga apabila proses rakaman lagu ini dirakam untuk digunakan pada ending credit drama ini nanti, katanya.

Sementara itu, penerbit dan penulis lirik lagu ini, Datuk A Aida menyifatkan Sufian memiliki suara yang unik.

Sepanjang proses rakaman, apa boleh dikatakan suara dia memang ajaib dan kena dengan lagu ini. Dia juga berjaya menghasilkan dua nada yang best.

Kualiti vokal dia ada kelebihan tersendiri. Kelunakan suaranya lain macam. Kadang naik bulu roma dengar. Saya sangat gembira dan suka, katanya.

Menurut A Aida, dia juga bercadang untuk bekerjasama lagi dengan Sufian untuk lagu akan datang.

Saya ada cakap pada Sufian, untuk single akan datang kalau boleh nak bekerjasama lagi. Saya percaya dia boleh membawakan lagu dengan baik jika kena dengan jiwa.

Lagipun, dia seorang yang mudah dan selesa bekerjasama. Malah, dia cepat tangkap apa yang komposer inginkan selain memberikan idea.

Sekarang pun saya sedang mencari ilham menulis lirik. Saya juga sedang memikirkan artis muda mana pula nak bekerjasama, katanya.

Sebelum ini, lirik lagu tulisan A Aida, Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip berjaya melangkah ke peringkat Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34).


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...