Akui Sudah Trademark Brand Daging Harimau Menangis, Ibu Neelofa Dikatakan Tutup Periuk Nasi Peniaga Kecil?
0 month ago, 13-Jan-2021
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai makanan yang diberi nama “Daging Harimau Menangis” sudah di trademark atau di pattern kan kepada hak milik Noor Kartini Noor Mohammed atau lebih dikenali sebagai Datin Noor Kartini yang juga ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa.
Perkara itu didedahkan oleh Datin Noor Kartini ketika beliau sedang memasak menu berkenaan sambil membuat Instagram Live (IG LIVE).
Namun lain pula yang jadi apabila kebanyakan warganet meluahkan rasa tidak puas hati mereka di internet, mengatakan bahawa makanan berkenaan tidak sepatutnya dituntut atau di trademark kan oleh Datin kerana makanan itu telah wujud sudah berzaman lamanya.
So adakah KPI kita untuk PKP 2.0 kali ni untuk cyberbully Kardashians Kelantan? pic.twitter.com/yC5o4bxC0V
????????????????
(@AzlilAdzif) January 13, 2021
Meninjau di media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal dengan usahawan tersebut kerana tidak memikirkan peniaga-peniaga lain yang sudah lama menggunakan branding “Daging Harimau Menangis” tersebut.
Malah, laman Instagram Datin juga turut dibanjiri dengan kritikan dan komen-komen mengenai isu tersebut.
Sehingga kini, Datin masih belum memberi apa-apa kenyataan mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.
Mungkin Datin ada sebab tersendiri mengapa beliau melakukan sedemikian.
Apa-pun jangan buruk sangka, sama-sama kita nantikan kenyataan dari Datin ya.
Akui Sudah Trademark Brand 'Daging Harimau Menangis', Ibu Neelofa Dikatakan Tutup Periuk Nasi Peniaga Kecil? first appeared on Hot FM.