EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

'Sudah 4 tahun, rumah PPR belum siap'

0 month ago, 20-Nov-2020

'Sudah 4 tahun, rumah PPR belum siap'..

Melaka: Ibarat menanti buah yang tidak gugur. Itulah yang dirasai 150 pemohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Klebang, di sini apabila kediaman dibeli sejak empat tahun lalu masih tidak menunjukkan tanda akan siap dalam tempoh terdekat. Meskipun mengikut perjanjian awal projek berkenaan akan siap pada 2018, namun sehingga kini tiada khabar daripada pihak bertanggungjawab mengenai status projek itu yang dilihat seperti 'tidak berusik' sejak tahun lalu. Hanya dinding bangunan separuh siap itu sahaja dicat, seolah-olah bagi mengaburi mata pembeli. Pembeli, Sarimah Khairudin, 52 berkata, penantiannya sejak projek itu dibina pada 2016 seperti tidak berbaloi kerana sehingga kini dia masih menyewa rumah bersama dua anaknya yang masih bersekolah. Katanya, kehidupannya yang penuh kesulitan turut menyukarkannya mencari kediaman lain untuk dibeli, apatah lagi selepas diberhentikan kerja tahun lalu dan hanya mengharapkan wang bulanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM500 ...


SUMBER : dailymotion



Live Website Traffic


loading...