Isu Ini Sudah Diselesaikan Cara Baik,- Syafiq Kyle Enggan Ulas Panjang Kontr0versi Dengan Mimi Lana
0 month ago, 17-Sep-2023
Pelakon terkenal, Syafiq Kyle enggan mengulas lanjut mengenai kontr0versi pembatalan majlis pernikahan bersama aktres, Mimi Lana yang sepatutnya berlangsung pada Ogos lalu.
Menurut Syafiq, dia berharap agar semua pihak dapat memberi ruangan terhadap isu bagi menghormati kedua-dua buah keluarga.
Saya mengambil maklum dengan isu ini. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang saya dan pihak Mimi.
Saya harap isu ini tidak lagi kita ulas dengan lebih lanjut sebab perkara ini melibatkan banyak pihak.
Saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati kedua-dua belah pihak. Kami sudah pun menyelesaikan perkara ini secara baik diantara kami,
Tambahnya lagi, dia tahu bahawa para peminat sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi dan menghargainya.
Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ambil berat tentang diri saya.
Buat masa sekarang ni biarlah kami berdua ambil masa dan ruang masing-masing untuk fokus kepada family dan juga kerjaya.
Apabila ditanya soalan lanjut, Syafiq sudah tak mahu menjawab dan meminta media untuk bertanya soalan lain.
Minta maaf, dah boleh soalan lain.
Itulah sedikit kenyataan ringkas dari Syafiq Kyle, harapnya semuanya baik-baik saja dengan Mimi Lana.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.