EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

10 Suasana Rare Diabadikan Dalam Foto Lama, Ada Yang Jual Mumia!

0 month ago, 07-Jun-2021

Banyak sebenarnya suasana yang aneh, pelik, atau yang sesuatu yang tak pernah kita lihat pada masa lampau berjaya diabadikan dalam foto lama.

Ini menjadikan gambar-gambar yang berjaya dirakam ini umpama momento berharga di dunia ini. Berikut adalah gambaran atau suasana yang berjaya difotokan menurut Illumeably.

IKLAN

Wajah Restauran McDonald Yang Pertama

Sebelum McDonalds menjadi terkenal di seantero dunia, restauran makanan segera ini juga bermula dari kedai makan yang kecil. Permulaan McDonalds di buka, makanan yang dijual berharga $0.15 sen waktu itu, murah bukan?

Foto Illumeably via Daquan

Mumia Untuk Di Jual

Selepas Napoleon berjaya takluki Egypt, banyak barang artifak mula di jual di pasaraya di Eropah dan ini termasuklah jualan mayat lama seperti mumia. Waktu itu permintaan mumia sangat tinggi di Eropah, dan ada yang guna mumia sebagai tujuan perubatan.

Foto Illumeably via Daquan

Kedai Dalam Kedai

Boleh bayangkan tak macam mana keadaan kedai dalam kedai? Seperti foto di atas, kedai tukang kasut ini berada dalam kedai minuman. Ini mungkin kedai terkecil di kota London pada tahun 1900, tapi elok juga sambil tunggu kasut siap boleh tunggu sambil minum air kan?

Foto Illumeably via Daquan

Perang Normandy

Beginilah suasana tentera Amerika Syarikat turun ke pantai Normandy untuk berperang. Suasana yang suram dan penuh dengan tragedi.

Foto Illumeably via Daquan

Anteater Sebagai Haiwan Peliharaan

Biasanya orang akan jadikan kucing, burung, anjing atau ikan sebagai haiwan peliharaan, tapi lain pula dengan Salvador Dali yang merupakan artis seni terkenal di Paris yang menjadikan anteater sebagai haiwan peliharaannya.

Foto Illumeably via Daquan

Pakaian Pramugari Paling Seksi Di Dunia

Pada tahun 1959 syarikat penerbangan SAS Airlines memilih pakaian yang menyerupai pakaian mandi wanita yang seksi sebagai uniform pramugari pesawat mereka, ini merupakan pakaian pramugari paling seksi di dunia waktu itu.

Foto Illumeably via Daquan

Anak Untuk Di Jual

Apabila peperangan berlaku pastinya yang menjadi mangsa adalah wanita, anak kecil dan warga tua, berdasarkan foto di atas kelihatan seorang ibu hamil terpaksa menjual keempat-empat orangnya kerana kedaifan hidup.

Foto Illumeably via Daquan

Kiri Atau Kanan, Paling Keliru!

Diambil pada tahun 1967 di Sweeden, pemandu jalanraya keliru patut memandu di jalan sebelah kiri atau kanan, situasi menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk waktu itu. Macam manalah boleh pening ini?

Foto Illumeably via Daquan

Pertandingan Lumba LarI Dengan Stail Rambut Pelik!

Biasanya kalau kita berlumba lari, rambut akan di ikat atau di pinkan dengan kemas agar tidak mengganggu semasa larian, tapi lain pula ceritanya 1960 wanita lebih pentingkan fesyen rambut daripada pertandingan!

Foto Illumeably via Daquan

Wajah Osama Bin Ladin Sewaktu Kanak-Kanak

Foto Illumeably via Daquan

Siapa sangka dalam foto keluarga bahagia ini sebenarnya terdapat wajah pemimpin dunia yang digeruni oleh rejin Isreal dan Amerika Syarikat iaitu Osama Bin Laden, yang pada waktu itu masih di zaman kanak-kanak bersama keluarga tercinta.

Tak sangka foto-foto ini masih ada dan menjadi tatapan untuk generasi sekarang.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...