EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Suami Terkena Alahan Sebab Isteri Mengandung, Pantang Sebut Ikan Keli Terus Muntah

0 month ago, 09-Jun-2021

Mengalami alahan atau mabuk sudah menjadi kebiasaan buat kebanyakan wanita yang mengandung. Perkara ini adalah normal dan bukan sesuatu yang membimbangkan.

Namun, lain pula dengan video yang telah tular di TikTok apabila alahan dan mabuk ibu mengandung itu terkena pada si suami.

Menerusi video tersebut, pemilik akaun TikTok, Nurakirah berkongsi cerita apabila dia sedang sarat mengandung tapi suaminya pula yang terkena alahan.

Suaminya pantang apabila dia menyebut ikan keli, apabila mendengar ayat itu akan terus muntah. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan alahan itu.

Lihat video penuh di pautan ini.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah si suami itu. Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti kejadian ini.

Tak kurang, ada juga yang berharap si suami kelak terkena alahan supaya dapat memahami apa yang dirasi oleh si isteri.

: @nurakirah_



SUMBER : dailymakan.com



Live Website Traffic


loading...