EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Suami saya teraju utama drama, bukan pelakon -Sheila Rusly perli Janna Nick ke?

8 month ago, 11-Feb-2019

Hubungan rapat antara pelakon Janna Nick dan pengarah terkenal Sheila Rusly sememangnya telah diketahui ramai, apabila kedua-dua selebriti ini dahulunya kerap memuat naik foto bersama di Instagram masing-masing.

Namun sejak kebelakangan ini, Janna Nick dan Sheila Rusly dilihat tidak lagi memuat naik foto bersama, walaupun mereka berdua sedang mempromosikan tayangan drama Leftenen Zana.

Perkara tersebut telah mengundang spekulasi peminat tentang kedinginan hubungan mereka. Walaupun sebelum ini telah bertiup kencang khabar angin hubungan dingin mereka, namun ia dinafikan oleh kedua-dua pihak.

Baru-baru ini, Sheila Rusly telah memuat naik foto mempromosikan drama Leftenan Zana di Instagramnya.

Namun kapsyen daripada pengarah berusia 47 tahun itu telah mengundang spekulasi daripada peminat yang mendakwa pengarah itu seakan memerli Janna Nick.

Kapsyen daripada Sheila Rusly telah menerima komen daripada netizen yang menganggap pengarah itu memerli Janna Nick dan tidak bersetuju dengan caranya itu.

Mereka menyifatkan tindakan Sheila seperti tidak sopan dan berharap pengarah itu menghentikan kenyataan yang seakan memerli pelakon itu. Namun ia dinafikan oleh Sheila yang menjelaskan kapsyen itu tidak ditujukan kepada Janna Nick dan ia bersifat umum.

Namun ada juga peminat yang berpendapat bahawa kapsyen daripada pengarah itu tidak ditujukan kepada sesiapa dan ia bersifat umum.

Di laman Instagram Janna Nick, pelakon itu juga ada memuat naik kapsyen yang menjelaskan jerih perit semasa penggambaran drama Leftenan Adnan di bawah arahan JS Picture.

Di Instagram Janna pula, peminat turut mengaitkan isu tersebut apabila nama akaun Sheila Rusly telah ditagoleh netizen. Mereka menyatakan kerinduan untuk melihat kemesraan terkini pengarah terkenal itu dengan Janna Nick.

Sebagai peminat janganlah cepat membuat spekulasi dan tohmahan jika tidak mengetahui cerita sebenar. Semoga hubungan baik Sheila Rusly dan Janna Nick sentiasa mekar.

: Instagram Sheila Rusly

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...