EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Suami Pengasuh Cuba Merangsang Kanak-Kanak, Namun Berjaya Ditangkap Bila Kantoi Perbuatan Terkutuk

0 month ago, 21-Nov-2020

PETALING JAYA:Seorang pemanduforkliftditahan reman tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai melakukan ambang seksual ke atas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, di Desa Mentari, di sini pada 3 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, ketika kanak-kanak itu berada seorang diri di rumahnya, suspek yang juga suami kepada pengasuh mangsa dikatakan memasuki rumah tersebut atas alasan untuk memulangkan pelitup mukanya.

Ketika berada di rumah, suspek memanggil mangsa untuk duduk disebelahnya dan bertindak mencabul badan mangsa.

Tindakan mangsa kemudian menjerit berkali-kali menyebabkan suspek bertindak melarikan diri, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ku Mashariman, sejurus itu, mangsa menghubungi ibu saudaranya dan menceritakan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, ketika ibu saudara mangsa dan suaminya pulang dari kerja pada Jumaat, mereka terserempak dengan suspek berhampiran blok kediaman mangsa.

Apabila menyedari namanya dipanggil, suspek cuba melarikan diri yang akhirnya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum lelaki itu dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya, katanya.

Beliau memberitahu, lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSK) 2017.

Jika disabit bersalah, katanya, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.

kredit astro awani



SUMBER : karteldakwah.com



Live Website Traffic


loading...