EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Suami Neelofa Haris Ismail Hadiahkan RM300 Buat Pelajar Peroleh 5A SPM

0 month ago, 11-Jun-2021

Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM300 kepada mana-mana pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan semalam.

Ujar suami kepada selebriti terkenal Neelofa ini lagi, ibu bapa yang mempunyai anak atau pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram beserta slip keputusan peperiksaan SPM.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Hanya ingin berkongsi rezeki, PU Riz berkata ganjaran yang diberikan itu meskipun tidaklah seberapa itu diharap dapat memberi galakan kepada mereka di luar sana untuk terus berusaha pada masa akan datang.

Instagram PU Riz : Instagram PU Riz  

“Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa yang saya cuba hendak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan perolehi kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah.”

Sementara itu, Haris turut menjemput kesemua pelajar yang terpilih untuk menerima ganjaran itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram miliknya @hrisbismail pada pukul 1 tengah hari, esok.

Perkembangan lain, pasangannya Neelofa dilaporkan telah membuat sumbangan 15 buah katil elektronik berharga lebih kurang RM100,000 kepada Hospital Melaka bagi kegunaan pesakit COVID-19.

BACA: “Ia Satu Pengalaman Yang Mencabar..” PU Riz Dedah Pengalaman Bergelar Suami Pada Neelofa

Suami Neelofa Haris Ismail Hadiahkan RM300 Buat Pelajar Peroleh 5A SPM first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...