www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Suami ini merungut yang dia sudah bosan dengan isterinya yang tidak lagi menarik, jawapan bijak isteri kemudian membuatnya terdiam

0 month ago, 13-Feb-2019


Sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan makan malam bersama apabila secara tiba-tiba si suami berkata, Majikan saya mempunyai seorang isteri yang cantik tetapi saya mendengar desas-desus di pejabat yang perhubungan mereka sedang dilanda masalah. Dia sedang bercadang untuk bercerai dan mencari isteri lain. Bila difikirkan, saya pun sangat bersetuju dengan cadangan dia itu. Suami mana yang tidak bosan apabila pulang ke rumah dan menghadap orang yang sama setiap hari?

Very Well Mind /Sekadar Gambar Hiasan

Isteri menjadi tergamam seketika apabila mendengar perkataan biadap yang keluar daripada mulut suaminya. Dengan tenang dia menelan makanannya dan menjawab, Jika satu hari nanti, ada seorang wanita cantik yang berminat dengan kamu dan mengajak kamu keluar berjanji temu, silalah minta dia menjaga anak kamu terlebih dahulu sebelum kamu boleh membawanya keluar berjanji temu. Saya boleh jadi hakimnya. Bagaimana? Apa pendapat kamu?

Suami ini terdiam apabila dia mendengar jawapan isterinya.

 

Isteri ini kemudian menambah, Jika satu hari nanti, sekiranya kamu melihat seorang wanita yang mempesonakan dengan solekan sempurna dan pakaiannya yang sangat hebat dan kamu mahu pula membandingkan wajahnya yang mempesona itu dengan wajah saya yang tidak cantik dan tidak menarik ini, jangan lupa kamu tanya kepadanya, berapa banyak wang yang dia habiskan setiap bulan untuk mengekalkan wajahnya yang mempesona itu. Kemudian, kamu patut membelanjakan jumlah wang yang sama ke atas saya supaya saya juga boleh mendapat wajah yang mempesona sepertinya, betul-betul sama dan tepat seperti apa yang kamu inginkan.

Suami ini terus terdiam dengan perkataan yang keluar bertubi-tubi daripada mulut isterinya. Dia tidak dapat memikirkan hujah untuk mematahkan jawapan isterinya.

Shutterstock /Sekadar Gambar Hiasan

Isteri ini menambah lagi, Jika kamu teringin mengikuti jejak majikan kamu, mencari wanita cantik dan berkahwin dengannya, dengan segala hormat, silakan! Saya akan mengambil dan menjaga anak kamu serta pergi ke tempat lain supaya kamu dan isteri baru kamu boleh tinggal di dalam rumah ini. Tetapi kita lihatlah dalam masa lima tahun, adakah kamu masih memandangnya sama seperti mana kamu melihatnya pada pertama kali? Atau kamu meneruskan pencarian memburu wanita cantik baru dengan umur kamu yang semakin tua itu?

Suami ini yang mendengar jawapan isterinya dan kemudian mencelah, Saya hanya berguraulah

Sekadar Gambar Hiasan

Isteri ini belum menghabiskan jawapan panjang lebarnya lagi, Alangkah terbaiknya buat kamu jika isteri baru kamu yang cantik ini boleh menjaga anak kita dan ibu bapa kamu. Kemudian, saya bolehlah keluar dari rumah ini, berpoya-poya, menghabiskan wang untuk diri saya, bergembira sehabis baik serta hidup dengan lebih selesa dan bebas. Yalah, semenjak saya berkahwin dengan kamu, saya tidak pernah merasa semua itu. Alangkah bagusnya keputusan yang dibuat oleh kamu demi kebaikan kita berdua!

Si suami amat terkejut mendengar perkataan isterinya yang sudah menjadi satu luahan perasaan yang telah terpendam buat sekian lama. Jadi ini adalah kebenaran daripada isteri yang telah diabaikan oleh suami ini selama bertahun-tahun. Dia hanya memikir dirinya sendiri dan telah mengabaikan isterinya yang setia menjaga anak dan ahli keluarganya selama ini.

Sekadar Gambar Hiasan

Isteri tidak berpuas hati ini terus menyambung, Apa yang kamu perlukan sebenarnya adalah pembantu rumah dan bukannya perempuan simpanan! Pembantu rumah boleh menjaga rumah dengan baik, supaya saya ini mempunyai masa untuk berdandan, memakai pakaian cantik dan menghabiskan masa bersama kamu.

Sesuatu yang baik sekiranya kamu dapat menyediakan pembantu rumah untuk saya. Jika tidak beginilah kehidupan saya, yang tidak pernah reda daripada melakukan kerja rumah yang tidak pernah habis. Perkara tidak akan berubah jika saya meneruskan kehidupan seperti ini.

Suami ini tidak mahu mengalah dan bertanya kepada isterinya, Bagaimana jika saya memberikan segala-galanya yang kamu minta dan kamu pula berlaku curang dengan saya?

Isteri ini kemudian tergelak besar mendengar soalan suaminya.

Saya dengan keyakinan yang tinggi boleh menjamin bahawa hati saya ini sentiasa berpaut dan menjadi milik keluarga yang saya sayang sahaja. Saya tidak akan menjatuhkan maruah diri untuk berlaku curang dengan lelaki lain melainkan

Sekadar Gambar Hiasan

Dengan segera suami ini mencantas perkataan isterinya dan berkata, Tidak! Perkara itu tidak akan berlaku! Kita perlu hidup bersama sehingga usia tua. Mulai dari hari ini, saya merayu, dan saya tidak akan berkata sesuatu yang dungu seperti ini lagi.

Jadi, wahai suami-suami di luar sana, jangan sesekali berfikir adanya wanita lain di luar itu yang lebih baik daripada isteri anda. Hakikat sebenar, anda para suami yang sepatutnya menjaga isteri masing-masing dengan baik. Bagaimana rupa dan perasaan isteri di mata anda adalah cerminan diri sama ada anda telah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa yang baik atau tidak?

Jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik, dan jangan mengelak serta lari daripada tanggungjawab untuk mencari keselesaan dan kegembiraan yang sementara.

Sekadar Gambar Hiasan

Perkahwinan dengan ikatan kekal memerlukan usaha yang berterusan dan persefahaman di antara satu sama lain. Perkahwinan yang bahagia itu bukan boleh dipetik di mana-mana dengan mudah, tetapi memerlukan usaha, cinta dan kasih sayang kedua belah pihak sehingga berakhir sepanjang hayat.

 

Suami ini merungut yang dia sudah bosan dengan isterinya yang tidak lagi menarik, jawapan bijak isteri kemudian membuatnya terdiam Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts