EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Suami Emma Maembong Positif COVID-19

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Virus COVID-19 semakin pantas menular dalam komuniti akhir-akhir ini.

Berita selebriti-selebriti yang positif virus tersebut juga semakin kerap didengar.

Terbaharu pada 14 Januari 2021, suami kepada pelakon terkenal Emma Maembong iaitu Shazli Azhar, telah berkongsi tentang perkembangan dirinya yang positif COVID-19 melalui Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazli (@shazli.a)

Shazli menulis pada ruangan caption:-

“Swab test done by @kumpulan_megaklinik_zahran very professional and fast.. they can come to your house and do it..and my results came out positive… but Alhamdulillah getting better .. be safe guys and follow sop”

Memberitahu tentang keputusan swab test itu, Shazli bagaimanapun berkongsi keadaan dirinya yang semakin membaik.

Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Perkongsian ini mendapat perhatian daripada para pengikut Instagramnya yang meninggalkan komen-komen.

Mereka juga tertanya-tanya tentang keadaan Emma Maembong dan bayi mereka.

Kami di Hot FM mendoakan semoga Shazli cepat sembuh!

 

: Instagram Shazli

Suami Emma Maembong Positif COVID-19 first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...