EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Suami dah lafaz talak, Nadia Brian sahkan sudah bercerai

0 month ago, 05-Apr-2021

Selepas beberapa bulan pergolakan rumah tangga pelakon seksi, Nadia Brian, 31 dan suaminya, Muizz Nasruddin menjadi sorotan media, akhirnya pelakon tersebut mengakui sudah sah bercerai.

Hal ini dinyatakan menerusi laporan daripada Kosmo! memetik kenyataan daripada Nadia sendiri. Dia mengakui rumah tangganya menemui titik noktah kelmarin setelah Muizz melafazkan talak.

Alhamdulillah. Semuanya okay je dan ya kami sudah bercerai.
Apapun kena bertenang. Saya jenis bukan suka kecoh, tapi kalau orang tanya itulah jawapannya. Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.34 malam, katanya.

Walau bagaimanapun, aktres tersebut menyatakan bahawa lafaz cerai itu dilakukan di luar mahkamah seperti yang diminta oleh bekas suaminya.

Nadia juga menjelaskan kepada sumber yang dia tidak dapat untuk berkongsi lebih lanjut mengenai lokasi lafaz talak dibuat Muizz.

Terdahulu, Muizz telah menfailkan penceraian terhadap Nadia pada 14 Disember 2020 di sebuah mahkamah namun masih belum dibicarakan kerana penutupan mahkamah ekoran situasi pandemik yang memburuk ketika itu.

Pergolak rumah tangga pasangan tersebut mulai dihidu media beberapa bulan selepas mereka berkahwin apabila masing-masing kerap memuat naik posting di Instagram seorang diri.

Kemuncak pergolakkan tersebut apabila keduanya dilihat saling berbalas status di media sosial sehingga diketahui umum.

: Kosmo! (Nur Emira Saizali & Sairul Zamri Misran)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...