EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Suami Dikira Dayus Jika Ikut Trend Unboxing Pasangan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

0 month ago, 12-Jan-2022

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai trend ‘Unboxing by Husband’ atau ‘Unboxing Pengantin’ yang dilakukan oleh pasangan baru berkahwin yang ternyata telah mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

PU SYED UNBOXING PENGANTIN
1 hari lalu

Tular Trend 'Unboxing Pengantin' Di TikTok, PU Syed Beri Pesanan Khas Buat Pasangan Suami Isteri Baru Kahwin

Advertisement

Perkara tersebut turut mendapat perhatian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memaklumkan bahawa tanggungjawab si suami untuk menjaga kehormatan isteri masing-masing.

Unboxing pengantin video tiktok : Google  

 

Tanggungjawab tersebut termasuklah melindunding dan memelihara aib dan maruah ahli keluarga daripada mendapat kemurkaan Allah S.W.T.

Ujar Dr. Zulkifli, trend seperti itu dapat mencetuskan perkara yang lebih parah seperti kemahuan untuk mendedahkan aksi mesra yang keterlaluan, mendedahkan aurat dan lain-lain.

Advertisement

Beliau juga menyatakan sebuah hadis di mana seseorang suami dikira ‘dayus’ jika membenarkan perkara tersebut terjadi sehingga menjadi bualan umum.

“Hadith daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, tiga golongan yang Allah S.W.T. haramkan ke atas mereka daripada memasuki syurga, iaitu orang yang ketagihan arak, orang yang menderhakai ibu bapanya dan lelaki dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya”

Manakala Al-Munawi menyatakan bahawa ‘dayus’ dalam hadith itu bermaksud orang yang membiarkan kejahatan atau perbuatan keji dalam kalangan ahli keluarganya iaitu isteri dan kaum kerabat terdekatnya.

Selain Dr. Zulkifli, antara pendakwah bebas lain yang turut memberikan nasihat dan teguran mengenai trend tersebut adalah Ustazah Asma Harun dan juga PU Syed.

Suami Dikira Dayus Jika Ikut Trend Unboxing Pasangan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...