EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Suami derita barah, ibu cekal ini menangis terharu selepas diberikan $12,000 tip semasa bekerja

0 month ago, 01-Jul-2020

Manusia tidak akan terlepas dengan ujian yang melanda dalam kehidupan. Mahu atau tidak, ia terpaksa dihadapi oleh semua insan dan ia ternyata membuatkan seseorang itu bertambah kuat dan tabah.

Jessica Reboredo merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata dan juga seorang pelayan yang sangat rajin di restoran Chili. Namun hidup tidak selalunya indah..

Ketika Jessica sedang mengandungkan anak keempatnya, dia kemudian mendapat tahu bahawa suami yang dicintainya itu menghidap barah testis.

Fox5 Las Vegas/YouTube

Malang buatnya apabila barah suaminya itu kemudian dengan pantas merebak ke bahagian perut dan jantung.

Sungguhpun begitu, Jessica tetap tabah dan kuat menghadapi dugaan. Dia berulang alik ke hospital di Los Angeles kerana tidak mahu berhenti kerja sekaligus kehilangan pendapatannya di saat sukar begini.

Usai sahaja selesai bekerja sekitar jam 3 hingga 4 pagi, Jessica berusaha sedaya upaya untuk terus tersenyum walaupun menghadapi detik-detik yang sukar dalam hidupnya.

Ketabahan Jessica telah membuka mata bekas gurunya, Kimberly untuk memberikan pertolongan buatnya. Kimberly kemudian memberitahu Fox 5 Suprise Squad akan kisah Jessica.

Fox 5 Suprise Squad memutuskan untuk memberikannya wang sebagai tip bagi membantunya. Pasukan itu menyamar dan mula memberikan tip satu persatu.

Pada mulanya, seorang wanita dilihat memberikannya $200, kemudian seorang lelaki pula memberinya $300.

Fox5 Las Vegas/YouTube

Apa yang dia bagi kepada kamu? Dia bagi kamu $500? Saya akan memberikan kamu $1,000, kata seorang lelaki lain dan ia membuatkan Jessica menangis.

Tidak cukup dengan itu, Surprise Squad turut memasuki restoran itu dengan kotak merah jambu besar sebagai hadiah untuknya dengan wang $10,000 di dalam kotak itu bagi meringankan beban Jessica.

Fox5 Las Vegas/YouTube

Kalian tidak tahu betapa berharganya ini buat saya. Suami saya sebenarnya berada di hospital. Saya hampir kehilangannya seminggu yang lalu, kata Jessica sambil menangis.

Selain itu, penginapan hotel telah dibuat untuknya dan dia juga dihadiahkan sebuah kereta bagi memudahkan perjalannya untuk mengunjungi suaminya di hospital yang sedang menjalani rawatan.

Sudah ditakdirkan Tuhan, suami Jessica meninggal dunia. Setiap kebaikan dan kemurahan hati yang telah ditunjukkan kepada Jessica ternyata menjadi sumber dorongan buatnya dalam membesarkan anak-anak. Terus kuat Jessica!

Saksikan video penuh di bawah :

Suami derita barah, ibu cekal ini menangis terharu selepas diberikan $12,000 tip semasa bekerja Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...