Suami curang masa aku mengandung & lafaz taklik kalau dia jumpa lagi perempuan tu maka jatuh talak atas aku, rupanya dia siap bawa GF dia jumpa family dah
0 month ago, 16-Sep-2023
Perhubungan jarak jauh atau PJJ bukan ‘green light’ buat anda curang dengan pasangan anda apatah lagi jika mereka sudah mengandung zuriat daripada benih kamu sendiri.
Seorang wanita, Amy menerusi IIUMC berkongsi bagaimana dirinya dijatuhkan talak selepas suaminya leka dibuai kekasihnya.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
“Saya berkahwin tahun 2014. Suami saya yatim piatu. Tahun lepas saya disahkan mengandung dan waktu itu bekerja di satu syarikat awam.
Di awal kehamilan, suami selalu usap perut saya dan pesan dekat baby, make sure papa ada, baru keluar tau.
Dipendekkan cerite, saya bleeding dan doktor nasihatkan untuk bed rest sebab takut keguguran. Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami.
Suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nak hantar makan tengah hari(doktor tak bagi bawa kereta, masak). Semasa itu kandungan dah masuk empat bulan.
Dipendekkan cerita, semasa kandungan dah enam bulan saya ke Kuala Lumpur. Ingatkan nak stay dengan suami sampai beranak tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation.
Instinct isteri tak pernah salah. Saya dapat rasa ada something wrong.
Satu hari, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia berhubung dengan perempuan tu melalui emel masa saya dekat KL dengan kandungan enam bulan.
Jadi dalam email tu semua tarikh yang dia pergi outstation sebenarnya dia pegi holiday dengan perempuan tu. Siap dengan panggilan future wife. Excited rindu nak jumpa.
Bayangkan perasaan saya masa tu mengandung tujuh bulan dan baca sendiri suami bermesra siap bawa pegi holiday.
Sedangkan saya isterinya dah tiga tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa kemana-mana.
Sebab sebelum ni gaji saya lagi tinggi dari dia, Saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua.
Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan semua situasi. Tapi bila melibatkan perempuan lain, hancur hati tu Allah je tahu.
Dah kantoi tu, saya emel perempuan tu cakap benda sebenar. Perempuan tu cakap dia tak tahu pun tu suami orang. Kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki.
Dah kantoi tu, suami saya balik jumpa saya minta maaf and bertaklik, Kalau saya keluar dengan H* lagi, jatuh talak awak.
Masa ni kandungan 8 bulan. setiap hujung minggu suami cakap nak pulang ke kelantan, saya tunggu tapi tak pernah sampai.
Ada sahaja alasan kereta masalah, hujan lebat sangat, demam, dan lain-lain. Everyweek ada je alasan tak de duit, so every week saya bank in tapi end up tak balik pun.
Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya korbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya. Malangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu.
Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.
Tp Allah tak zalim. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami.
Saat orang lain mengandung, dibelai macam puteri. Tapi saya, usahkan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pun tinggal impian.
Masa tu saya mintak dengan Allah satu je, izinkan saya peluk suami sebelum saya bersalin.
Saya tak hubungi family dia sebab suami cakap family dia tak suka saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan semua ni sebab tak nak bagi kantoi).
Tapi takdir Allah, tiga hari sebelum saya bersalin, kantoi segalanya. Allah buka pintu hati saya hubungi anak saudara belah dia. Maka terbongkarlah segalanya.
Seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh talak sekiranya dia jumpa dengan perempuan tu, suami bawa perempuan tu balik kelantan jumpa family dia. Dia cakap nak kahwin.
Dia cakap saya hamil anak orang lain, kuat main laki sebab tu dia nak kahwin lain tapi at the same time suami duk contact saya macan tak ada apa yang jadi.
Kalau dia senyap tiga ke empat jam, alasan dia pergi surau, masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kantoi haritu, so nak dekatkan diri dengan Allah.
Takdir Allah, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, dan dengar segala fitnah dia taburkan dekat saya,
Malam tu suami balik Kelantan, dia cakap dekat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya.
Kitaorg jumpa dekat kedai makan masa tu. Tu last dia suapkan saya, And Thank you Allah sebab saya boleh peluk dia sebagaimana yang saya minta.
Saya tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu. Dia bukan suami saya yang saya kenal selama toga tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk.
Terlalu sakit hati, balik tu saya tidur dengan air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas dua bulan saya boleh tengok suami saya depan saya, saya boleh peluk dia.
Pagi keesokkan nya saya keluar drah tanda dah nak beranak. Ya Allah, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar.
Family bawa saya ke hospital. Saya masuk labour room, suami datang. Saya pujuk untuk rujuk time tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu.
Allahu, dalam hati kepala saya masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda. Benda tu lagi sakit dari sakit bersalin. Suami duk main fon je masa dalam labour room.
Alhamdulillah anak saya dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam labouroom. Doktor, saya dah janda tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata. Esok nya terus discharge.
Tapi lepas 5 hari dekat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis dan saya kena admit balik.
Saya call nak inform saya kena masuk wad, tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu.
Suami contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya. Yes saya tahu cara dia memang tak sayangkan saya.
Lepas beranak, saya pernah tak layan dia, dia ugut nak bunuh diri.
Sebelum balik tu dia dah janji dengan ayah saya nak rujuk nak duduk elok-elok dan janji nak jaga saya macam dulu.
Saya ingat dia betul betul berubah, tapi bila saya check bag dia, saya jumpa dia ada telefon lain yang still contact dengan perempuan tu.
Dan pada hari majlis anak tu, dia cakap dekat perempuan tu yang dia dah lama ceraikan saya and tak ada apa-apa lagi dengan saya.
Ya Allah, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada setan tu.
Saya contact perempuan tu. Dia jawab simple Padan muka, tak pndai jaga suami. Saya halau suami masa tu juga.
Kemudia saya hubungi semua orang yang rapat dengan suami masa tu.
Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan perempuan tu duduk berasmara, siap gambar tak berbaju.
Masa tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus pergi court. Tuhan je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan May.
Sebelum ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak.
Dia berlakon tak habis habis. Konon dah tak ada hubungn tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak.
Nafkah dia bagi RM100 je tu pun kadang kadang. Dia tak datang court tapi everyday contact saya walaupun saya .
Dia akan email saya berlakon like nothing happen. Ape dia nak sebenarnya?
Doakan urusan court saya cepat selesai dan terus kuat. Allah je tahu perasaan besarkan anak sorang sorang, naik turun court dari mengandung sampai sekarang anak dah 5 bulan.
Dia tak kahwin pun dengan perempuan tu. Tapi dia still berhubung siap buat suprise lagi masa birthday perempuan tu. Anak dekat kampung tak peduli.
Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau ape yang dia dah buat adalah sangat sangat melampau.
Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word.
Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awak kenal melalui tinder, (Jan 2017) awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu.
Saya doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak senonoh. Tak apa, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak.
Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyeksa hidup saya.
Tolong datang court ceraikan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok.