EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Steward Liverpool ditawar 'kerja' di pasaraya

0 month ago, 22-Mar-2020

KETUA Eksekutif gergasi bola sepak England, Liverpool menawarkan steward kelab itu untuk membantu mengawal situasi di pasaraya yang menyaksikan orang ramai membeli barang keperluan susulan ancaman koronavirus (Covid-19)

Mesej kepada pengurus pasaraya di sekitar Merseyside, tulis Ketua Eksekutif Liverpool, Peter Moore di Twitter.

Steward di stadium kami menawarkan masa dan kepakaran mereka untuk sukarela membantu mengawal orang ramai, mengurus barisan dan urusan meletak kenderaan, membantu orang tua menangkat barang ke kereta dan tempat lain.

Mereka sememangnya pakar dalam semua perkara ini dan sedia untuk membantu apa cara yang anda fikirkan sesuai dan selamat di premis anda.

Sila berhubung dengan saya bagi membolehkan saya menghubungi anda. #YNWA (Youll Never Walk Alone), tambahnya merujuk kepada lagu rasmi kelab itu.

Terdapat laporan pekerja pasaraya berdepan kesukaran akibat pembelian panik apabila orang ramai berebut-rebut bahan makanan dan barangan lain.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...