EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Status suami isteri dah berakhir, sekarang Co-Parent untuk anak kami. Fizo Omar

0 month ago, 10-Jul-2019

Pagi tadi, pelakon kacak, Fizo Omar telah sah bercerai talak satu dengan isterinya iaitu Mawar Karim di Mahkamah Syariah Hulu Langat, Selangor. Perkahwinan yang bertahan hanya enam tahun ini akhirnya terlerai selepas masing-masing sudah mencuba untuk mempertahankannya.

Sepanjang enam tahun berumah tangga, mereka telah dikurniakan seorang puteri iaitu Wan Mariam binti Wan Hafizol yang baru berusia 2 tahun. Penceraian yang berlaku dimaklumkan kerana sudah tidak ada persefahaman lagi diantara mereka.

Sebentar tadi, Fizo telah memuat naik penjelasan yang lebih terperinci mengenai penceraian mereka. Menurutnya, mereka berdua akan tetap baik bagi kepentingan anak mereka.

Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.

Menerusi muat naik tersebut, rata-rata netizen telah mulai menurunkan komen di ruangan Instagram Fizo. Mereka menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar pelakon itu terus tabah mengharungi ujian ini.

: Fizo Omar

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com