EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Statistik Mengancam Akhyar Rashid Indahkan Era Kim Pan-gon

0 month ago, 19-Sep-2023

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Akhyar Rashid berjaya mencatat statistik cemerlang bersama kem Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Sejak Kim Pan-gon menerajui skuad kebangsaan, Akhyar sering menjadi pemain pilihan pengendali dari Korea Selatan itu untuk diturunkan di posisi sayap kiri.

Ternyata percaturan tersebut membuahkan hasil apabila pemain berusia 24 tahun ini menggalas peranan dengan cukup baik bersama kem kebangsaan.

Di bawah era Kim Pan-gon, Akhyar telah beraksi sebanyak 13 perlawanan dengan 707 minit permainan tercatat. Kelincahan serta kerajinan Akhyar seringkali ditagih untuk membantu rangkaian serangan Harimau Malaya.

Tak terhenti setakat itu, nama Akhyar Rashid juga sering kali berada dalam senarai penjaring. Di bawah kendalian KPG, Akhyar telah menghasilkan sebanyak lima gol dan mencatat tiga bantuan jaringan. Kelicikan sayap JDT ini turut menyumbang kepada tiga penalties won yang dimenangi Harimau Malaya.

Akhyar Rashid menjadi antara bintang paling gemilang di bawah era KPG.

Beraksi sebanyak 13 perlawanan, Akhyar mencatat lima gol dan tiga bantuan jaringan selain menyumbang kepada tiga penalti yang dimenangi oleh Harimau Malaya.

One of our own. ?

— ? (@Nikfalovic) September 19, 2023
https://x.com/nikfalovic/status/1703930432264491490?s=46&t=HGEzW3G-yPq7epcyuMVIEg

Sejak tampuk kepimpinan Harimau Malaya diambil alih Kim Pan-gon pada September 2022, perjalanan ranking FIFA Malaysia menunjukkan peningkatan begitu cemerlang. Ranking Harimau Malaya telah melonjak sebanyak 18 anak tangga daripada 154 dunia kepada 136 dunia.

Malaysia pada Oktober bakal beraksi dalam Kejohanan Pesta Bola Merdeka, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kejohanan ini sebagai persediaan awal skuad Kim Pan-gon menjelang pentas Piala Asia 2024 kelak.




SUMBER : makanbola.com