EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Stim Ikan Stail Masakan Cina Yang Sedap Dan Senang Nak Buat

0 month ago, 22-Nov-2020

Kalau nak tahu cara masakan orang Cina memang cukup menarik, bahan-bahannya juga ringkas dan mementingkan aspek kesihatan.

Ini stail masakan ikan stim orang Cina yang boleh kita masak di rumah.

Stim Isi Ikan Jenahak Cepat Dan Ringkas

Bahan-bahan untuk stim isi ikan

IKLAN

  • 220 gram isi ikan jenahak
  • 1 batang daun bawang dipotong lebih kurang 3 inci
  • 1 inci halia dihiris halus seperti jarum

Foto Arkib Wanista via YouTube Spice N Pans

Cara masak

  • Isi air dalam periuk pengukus dan biarkan air mendidih.
  • Kemudian letak daun bawang yang telah dipotong tadi di atas pinggan.
  • Isi ikan jenahak yang telah dibersihkan diletakkan di atas daun bawang tadi.
  • Taburkan hirisan halia di atas isi ikan.
  • Air dalam periuk pengukus dan mendidih, masukkan pingan berisi ikan tadi dalam periuk kemudian kukus dalam 7-8 minit.

Bahan-bahan untuk kuah

  • 3 sudu makan sos soya cair
  • 3 sudu makan air
  • 1/3 sudu teh gula
  • 1 batang daun bawang yang ditumbuk sedikit
  • 3 keping hiris halia
  • Minyak masak
  • Sedikit hirisan halia

Foto Arkib Wanista via YouTube Spice N Pans

Cara masak

  • Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan sos soya cair, air, gula, batang daun bawang dan hirisan halia.
  • Masak kuah sehingga sebati, kuah dah mula mendidih boleh tutup api.
  • Isi ikan yang dah siap kukus tadi, alihkan isi ikan dalam pinggan baru dan buang hirisan halia dan batang daun bawang yang dikukus bersama isi ikan tadi.
  • Tuang kuah yang telah dimasak tadi di atas isi ikan yang berada dalam pinggan baru.
  • Panaskan minyak masak dan masukkan sedikit hirisan halia dan masak sehingga halia bertukar kekuningan, tutup api dan tuang minyak di atas isi ikan tadi.
  • Isi ikan stim stail Cina siap dan boleh dihidang bersama nasi panas!

Stim Ikan Siakap Lazat Dan Menyelerakan

Bahan-bahan

  • Seekor ikan siakap (belah pada bahagian atas ikan seperti dalam video)
  • 1 batang daun bawang dipotong panjang 3 inci
  • 5-6 keping hirisan halia

Foto Arkib Wanista via YouTube I Am Ma Xiaohuai

Cara masak

  • Sediakan periuk pengukus terlebih dahulu dan biarkan air mendidih.
  • Ikan siakap yang telah siap dipotong dan dibersihkan boleh terus letak dalam pinggan.
  • Kemudian letak 5-6 hirisan halia diatas ikan dan daun bawang yang dipotong sepanjang 3 inci tadi diletakkan di kiri dan kanan kepala ikan (letak bawah ikan pun boleh).
  • Air dalam periuk pengukus dah mendidih, boleh letak ikan dalam periuk dan masak dalam 8-10 minit dengan api kuat.
  • Ikan dah siap masak, alihkan dalam pinggan baru dan buang halia dan daun bawang tadi.

Bahan untuk kuah

  • Sos soya serbaguna (boleh ganti guna kicap manis)
  • 1 inci halia dihiris halus-halus seperti jarum
  • 1 batang daun bawang yang dipotong panjang 3 inci dan dicarik halus-halus

Foto Arkib Wanista via YouTube I Am Ma Xiaohuai

Cara masak

IKLAN

  • Daun bawang yang dicarik halus-halus dan halia yang telah dihiris tadi, diletakkan di atas ikan siakap yang dah siap masak tadi.
  • Kemudian tuang kicap manis atau sos soya serbaguna dalam pinggan ikan siakap stim.
  • Selepas itu panaskan sedikit minyak masak, minyak yang panas tadi dicurahkan diatas ikan.
  • Dah siap dan ikan siakap stim sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...