EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Speaker bincang dengan PM Anwar tarikh pembukaan Parlimen ke-15

0 month ago, 24-Nov-2022


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tarikh pembukaan persidangan Parlimen ke-15, dalam masa terdekat.

Beliau menjangkakan persidangan pertama Parlimen selepas pembentukan kerajaan baharu diadakan pada bulan depan.

Saya rasa perhatian utama sekarang ialah bagi pembentangan bajet mini bagi menjamin operasi negara berjalan lancar bagi Januari 2023, jadi ia (persidangan) perlu dibuat sebelum tahun baharu (2023), katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, di sini hari ini.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata satu sesi sidang khas Parlimen perlu diadakan bagi membentangkan belanjawan khas atau mini Bajet 2023 antaranya untuk membayar gaji penjawat awam sebelum 31 Disember.

Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Oktober lalu oleh Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion, manakala Parlimen dibubarkan tiga hari selepas itu bagi memberi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan. BH

Speaker bincang dengan PM Anwar tarikh pembukaan Parlimen ke-15







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...