EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sorry I Original Ya- Datin Eina Azman Tak Menggelabah Disamakan Dengan Sajat

0 month ago, 05-Apr-2021

Pelakon cantik yang kini kembali aktif menghiasi drama-drama tempatan, Datin Paduka Eina Azman kembali mencuri perhatian peminat apabila menunjukkan bentuk tubuh badannya yang langsing dan cantik.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, Eina Azman dilihat telah berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan bentuk tubuhnya sambil mengatakan bahawa usaha untuk mendapatkan figura seperti itu memerlukan kesabaran dan semangat yang konsisten.

Advertisement

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Ibu kepada anak kembar Karl Kareef dan Arianna Aubrey ini juga tidak melatah apabila ada seorang pengguna media sosial telah menyamakan dirinya dengan usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat.

Advertisement

Tenang menjawab kritikan netizen, Eina dilihat telah menjadi ‘role model’ serta pembakar semangat kepada mereka di luar sana yang ingin bertubuh langsing serta sihat.

Komen IG Eina : Instagram Eina Azman  

Ujar pelakon drama The Maid ini lagi, tidak perlu melakukan perubahan drastik seperti pembedahan buang lemak jika mahu cantik dan langsing tubuh badan sepertinya.

“Nak badan cantik tak semestinya kena pergi operate. Kita lakukan senaman, jaga makan. Pasti boleh lebih cantik dan original.” ujar Eina lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Sekadar info, Datin Paduka Eina Azman telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada tanggal 31 Disember 2014 yang lalu dan kini dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Sorry I Original Ya- Datin Eina Azman Tak Menggelabah Disamakan Dengan Sajat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...