EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sorok mayat mangsa rogol, liwat bawah katil

0 month ago, 29-Aug-2021

 

Gambar dipercayai suspek bermotosikal yang dirakam jiran mangsa di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal.

SEBERANG PERAI Seorang wanita berusia 40 tahun ditemui mati dalam keadaan tragis apabila mayatnya dijumpai di bawah katil selepas dirogol dan diliwat di sebuah rumah di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal di sini semalam.

Kejadian itu terbongkar apabila seorang kenalan mangsa pergi ke rumah teres dua tingkat berkenaan selepas berjanji untuk berjumpanya pada pukul 3 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, saksi berkenaan mendakwa melihat seorang lelaki bermotosikal keluar dari rumah mangsa sebelum dia menghubungi kakak mangsa.

Semasa pemeriksaan dibuat, keadaan rumah mangsa adalah berselerak dan mayat ditemui terbaring di bawah katil di dalam bilik tingkat bawah.

Selain itu, seorang jiran mangsa turut mendakwa nampak pergerakan keluar seorang lelaki dengan motosikal jenis SYM dari rumah itu kira-kira pukul 4.30 petang semalam, katanya kepada pemberita hari ini.

Chong Chern berkata, hasil maklumat berkenaan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai lima rekod jenayah lampau ketika bersembunyi di Changkat Sungai Jawi, Nibong Tebal.

Hasil siasatan ke atas suspek mendapati sehari sebelum kejadian dia pergi menghisap syabu di rumah rakannya di Kampung Wellesley, Sungai Bakap kira-kira pukul 6 petang.

Kemudiannya, kira-kira pukul 2 pagi, suspek meminjam motosikal rakannya untuk bersiar-siar di kawasan taman perumahan itu sebelum masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di bahagian belakang.

Suspek mendakwa telah masuk ke dalam bilik tidur dan nampak mangsa sedang tidur di atas katil sebelum merogol dan meliwatnya, katanya lagi.


Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa menjerit dan melawan sebelum suspek menyumbat seluar dalam mangsa ke dalam mulut dan menutup mulutnya dengan tangan.

Suspek kemudiannya mendapat mangsa tidak bergerak dan dia disyaki telah meninggal dunia sebelum menarik mayatnya dan disembunyikan di bawah katil, ujarnya- K! ONLINE


 

Mayat mangsa rogol, liwat disembunyi bawah katil

NIBONG TEBAL: Seorang wanita maut dipercayai dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di bawah katil di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
 
Wanita berusia 40 tahun itu dipercayai diperkosa seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya dalam kejadian pada Sabtu.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Lee Chong Chern berkata, kejadian disedari kenalan mangsa yang datang ke rumah teres dua tingkat berkenaan untuk bertemu dengannya pada jam 3 petang.
 
Bagaimanapun saksi terkejut sebaik melihat seorang lelaki bermotosikal keluar dari rumah mangsa sebelum dia menghubungi kakak mangsa.
Pemeriksaan polis kemudiannya mendapati rumah mangsa berada dalan keadaan berselerakan dan mayat wanita itu ditemui terbaring di bawah katil di dalam bilik tingkat bawah.
 
Chong Chern berkata, hasil maklumat beberapa saksi, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun ketika bersembunyi di Changkat Sungai Jawi, Nibong Tebal.
Ujian saringan air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu dan semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah dan dadah.
 
Hasil siasatan ke atas suspek mendapati sehari sebelum kejadian dia pergi menghisap syabu di rumah rakannya di Kampung Wellesley, Sungai Bakap kira-kira jam 6 petang.
 
Suspek kemudiannya meminjam motosikal rakannya untuk bersiar-siar di kawasan taman perumahan itu sebelum menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di bahagian belakang.
Suspek yang melihat mangsa sedang tidur di atas katil bertindak merogol dan meliwat mangsa.
 
Chong Chern berkata, mangsa menjerit dan melawan sebelum suspek menyumbat seluar dalam mangsa ke dalam mulut dan menutup mulutnya dengan tangan.
Suspek kemudiannya mendapati mangsa tidak bergerak dan sudah tidak bernyawa bertindak menyembunyikan mangsa di bawah katil.
 
Malah suspek turut mengaku mengambil sebuah telefon bimbit, wang tunai dan loket milik mangsa sebelum keluar dari rumah itu, namun telah membuangnya ke dalam sungai, katanya lagi.
Chong Chern berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal bagi melakukan bedah siasat selepas keputusan ujian COVID-19 diperolehi.
 
: Astro Awani
 

Mayat mangsa rogol, liwat ditemui bawah katil

JAWI Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan satu kes rogol, liwat dan bunuh seorang wanita dalam tempoh kurang tiga jam.

Pembunuhan itu terbongkar selepas orang awam serta jiran mangsa melihat seorang lelaki mencurigakan di halaman kediaman dua tingkat mangsa di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi semalam.

Mayat wanita itu ditemui di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju selepas pihak keluarga meminta bantuan polis membuat pemeriksaan di kediaman tersebut susulan tiada kelibat mangsa.

MalaysiaGazette difahamkan, rumah teres dua tingkat tersebut mempunyai empat bilik dan mangsa berusia 40 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditemui di bilik tidurnya di tingkat bawah kediaman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat mangsa di bawah katil pukul 7.20 malam sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat awal, saksi mendakwa dia mempunyai janji temu dengan mangsa pada pukul 3 petang sebelum melihat kelibat seorang lelaki keluar dari rumah tersebut dengan menunggang sebuah motosikal.

Saksi memaklumkan perkara tersebut kepada kakak mangsa sebelum kakaknya mengarahkan kenalan terdekat untuk membuat pemeriksaan di kediaman adiknya itu.

Sebaik tiba di lokasi, kenalan tersebut melihat pintu rumah mangsa dalam keadaan terbuka dan dia terus menghubungi Balai Polis Sungai Bakap untuk bantuan lanjut.

Anggota polis dari balai berkenaan tampil untuk membuat pemeriksaan bersama sebelum menemui mangsa di bawah katil dalam keadaan terbaring selain rumahnya berselerak, katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Menurut beliau, bertindak atas risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan berjaya mengesan dan memberkas suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

MalaysiaGazette difahamkan, suspek baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan di Johor.

Suspek berusia 29 tahun yang ditahan di Changkat Sungai Jawi itu mengaku hisap syabu sebelum ceroboh  rumah mangsa pada 3 pagi dengan memanjat tembok belakang sebelum masuk melalui tingkap.

Suspek dikatakan menghampiri mangsa yang  sedang tidur sebelum merogol dan meliwatnya. Suspek bertindak sumbat seluar dalam ke dalam mulut mangsa sebelum menutup mulutnya dengan tangan apabila dia cuba melawan dan menjerit.

Selepas beberapa lama mangsa tidak bergerak dan disyaki telah meninggal dunia dan suspek dikatakan masih merogol dan meliwat mangsa beberapa kali selepas itu, ujar beliau.

Tambah Chong Chern, susulan itu, suspek bertindak menyembunyikan mangsa di bawah katil sebelum melarikan wang tunai, telefon bimbit serta loket milik mangsa.

Pihak forensik telah mengambil 25 sampel di lokasi kejadian.

Semakan juga mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jelas Chong Chern. MalaysiaGazette

 


 

 

 

 

 

 

 

 





Live Website Traffic


loading...