EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sonam tak puas hati

0 month ago, 16-Jan-2020

Mumbai: Bintang Bollywood, Sonam Kapoor memberi amaran kepada pengguna aplikasi Uber supaya berhati-hati selepas mengalami pengalaman menakutkan ketika menggunakan perkhidmatan itu di London.

AFP melaporkan, Sonam yang juga anak kepada bintang filem Slumdog Millionaire Anil Kapoor tidak berpuas hati dengan sikap pemandu Uber yang didakwa menjerit-jerit.

Saya menggigil, ciapnya ringkas di Twitter miliknya yang mempunyai 12.8 juta pengikut, Rabu lalu.

Pelakon berkenaan turut meluahkan rasa kesal dan menyarankan Uber untuk menaik taraf sistem perkhidmatannya.

Saya sudah membuat aduan berhubung aplikasi anda tetapi kecewa maklum balas diterima.

Tolong kemas kini sistem anda, kerosakan sudah berlaku. Tiada apa boleh anda lakukan.

Langkah yang selamat adalah menggunakan pengangkutan awam atau teksi, katanya.

Sementara itu, wakil firma di India enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.

Seminggu sebelum itu, Sonam mengkritik British Airways selepas dua kali kehilangan bagasi, setakat bulan ini.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...