EdisiViral.Com Search Guest Post Login

K-Pop Idol KARD Somin Guna Produk Biasa-Biasa Untuk Kulit Licin Bak Kaca

0 month ago, 13-Sep-2019

Bukan senang bintang Korea nak kongsikan rahsia penjagaan wajah mereka. Lagi-lagi yang K-Pop Idol, mereka cukup berahsia bab menjaga wajah sekadar memberi tips tapi tidak mahu berkongsi produk harian yang digunakan kerana kekangan kontrak endorsement.

Tetapi lain pula dengan seorang ahli kumpulan KARD iaitu Somin yang tidak lokek berkongsi rutin penjagaan wajah, siap sertakan sekali produk pilihannya.

KARD terdiri daripada dua lelaki (J.Seph & BM) dan dua perempuan (Somin & Jiwoo)

Di Instagram, Somin berkongsi gambar produk kegemaran yang digunakan untuk rutin harian. Walaupun dia tidak memberitahu langkah untuk setiap produk dan kenapa memilihnya, tetapi sedikit sebanyak kita tahu urutan setiap satu dan manfaatnya. Secara keseluruhan Somin obses dengan produk centella asiatica, aka cica, atau orang kita mengetahuinya sebagai daun pegaga. Pada yang tidak tahu, centella asiatica membantu menenangkan kulit yang merengsa dan membaiki kulit rosak, lebih kepada ramuan penyembuhan.

Baca :Tak Perlu Lagi Pakai Mekap, Kebaikan Cica Yang Orang Tak Tahu

Ini antara produk pilihan Somin

Cleanser

Untuk pembersihan, Somin mulakan dengan Fflow Oilsoo Cleansing Oil. Dirumuskan dengan minyak bunga kesumba (safflower), sangat baik untuk membuang mekap sama ada yang ringan atau berat, sesuai untuk jenis kulit kering atau sensitif. Selepas itu menggunakan Make P:rem Safe Me Relief Moisture Cleansing Foam, pembersih wajah dengan formula pH yang lembut dan ringan.

Fflow Oilsoo Cleansing Oil & Make P:rem Safe Me Relief Moisture Cleansing Foam

Toner

Langkah kedua, Somin menggunakan toner dari Cosrx One Step Green Hero Calming Pads. Pad kapas yang direndam dalam formula kaya dengan sifat antioksidan seperti cica, teh hijau, witch hazel dan mugwort kesemuanya berfungsi untuk merawat, melega dan melicinkan kulit.

Foto Korean Kiwi Beauty

Serum

Seterusnya LOccitane Immortelle Overnight Reset Oil-in-Serum. Lahir dari tiga bahan semulajadi yang membantu kulit anda kekal segar berpanjangan. Ekstrak acmella oleacera memberi licin secara serta-merta, esktrak marjoram segar dalam sekelip mata dan minyak pati immortelle menambah kuasa anti-penuaan. Selepas aplikasi, kulit wajah terasa tegang dan licin seperti melakukan suntikan botox.

Foto Sephora

Moisturizer

Pelembap yang disyorkan pakar dermatologi Cetaphil Moisturizing Lotion menjadi pilihan Somin. Nikmati penghidratan yang ringan dan berpanjangan. Losyen yang amat ringan rasanya, mudah diserap dan dirumus khas untuk melegakan kulit kering. Cetaphil Moisturizing Lotion memberikan kelembapan berpanjangan untuk memulihkan keupayaan kulit anda untuk mengekalkan kelembapan yang diperlukan.

Foto Target

Bibir

Akhir sekali Somin menggunakan Laneige Vanilla Lip Sleeping Mask. Produk bibir kegemaran ramai beauty junkies yang diakui keberkesanannya untuk merawat bibir kering dan sekaligus mengekalkan bibir yang sihat dan lembut sepanjang hari.

Foto Laneige

Kebanyakan produk Somin mudah didapati, ada jual di farmasi dan Sephora. Bolehlah anda dapatkan dan lihat sendiri keberkesanan untuk kulit.

Selamat Beramal!


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com