EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Solskjaer Mesti Dapatkan Leroy Sane Kalau Terlepas Sancho

0 month ago, 28-Jun-2020

Manchester United memerlukan beberapa pemain lagi untuk menguatkan lagi pasukan dan Sane boleh menjadi calon yang sesuai untuk mempertajam skuad Ole Gunnar Solskjaer itu.

Menurut bekas pemain Manchester United, Dwight Yorke, Solskjaer perlu menimbangkan untuk mendapatkan Sane sekiranya misi untuk mendapatkan pemain muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho tidak berjaya.

Sane dibenarkan oleh Manchester City untuk meninggalkan kelab itu dengan gergasi Jerman, Bayern Munich berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Bagi Yorke, kehadiran Sane boleh memberikan lebih kekuatan kepada Manchester United kerana mereka sudah mempunyai beberapa pemain muda yang berpotensi tinggi.

Manchester United mempunyai ramai pemain menyerang muda yang cukup baik. Masukkan Jadon Sancho, saya juga sukakan Leroy Sane. Tapi jika tak dapat, saya memang suka Sane itu, katanya menerusi laman Goal.

Yorke juga mengatakan yang Sane merupakan pemain yang sesuai beraksi di bahagian sayap kiri.

Buat masa sekarang, Mason Greenwood bermain dengan baik ketika ini tetapi saya sangat sukakan Sane. Manchester United juga tidak mempunyai pemain yang boleh beraksi di sayap kiri.

Sane mungkin merupakan pemain terpantas antara mereka dan beliau juga mempunyai sikap yang bagus.

Sancho kini menjadi buruan banyak kelab utama Eropah dengan Manchester United adalah kelab yang ingin mendapatkannya.

Selain itu, Chelsea dan Barcelona turut dikaitkan dengan pemain itu yang menurut Borussia Dortmund, mereka belum menerima sebarang tawaran rasmi mengenai pemain tersebut lagi.

Baca juga artikel kami mengenai Sane:


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...