www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Solskjaer kembali ke Nou Camp

0 month ago, 15-Mar-2019


MANCHESTER United akan berdepan Barcelona pada suku akhir Liga Juara-Juara manakala Manchester City dan Tottenham Hotspur terbabit dalam pertembungan dua pasukan Liga Perdana Inggeris susulan undian di Nyon, Switzerland, hari ini.

Liverpool diundi bertemu FC Porto pada pusingan kalah mati bagi tahun kedua berturut-turut, ketika hadiah Ajax kerana menyingkirkan penyandang juara Real Madrid adalah dua aksi timbal balik menentang Cristiano Ronaldo dan Juventus.

Harapan kelab Inggeris tinggi kali ini dalam pertandingan elit kelab Eropah itu selepas semua wakil mereka layak ke suku akhir.

Bagaimanapun, United kendalian Ole Gunnar Solskjaer berdepan tugas paling getir apabila diundi bertemu Barcelona dan Lionel Messi dalam antara pertembungan menarik dan menjadi tumpuan.

Bagi Solskjaer, aksi kedua akan mengimbau memori final 1999, apabila pengendali dari Norway itu tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan buat United menentang Bayern Munich di stadium Barcelona, Nou Camp.

Ketika City dan United tidak dibenar beraksi di laman sendiri pada minggu sama, United akan melayan kunjungan pendahulu La Liga itu di Old Trafford pada 9 atau 10 April, dengan aksi timbal balik seminggu kemudian.

Kali terakhir Liga Perdana mempunyai empat wakil pada suku akhir iaitu pada 2008-09, Barcelona mengalahkan pasukan Old Trafford itu 2-0 pada final di Rome. Dua kelab itu bertembung sekali lagi pada final di Wembley pada 2011 dengan Barca menang 3-1.

UEFA turut mengundi jadual separuh akhir hari ini dengan pemenang Barcelona-United berdepan sama ada Liverpool atau Porto pada separuh akhir.

Satu pasukan Inggeris sudah terjamin ke separuh akhir selepas Tottenham dan City diundi bersama dengan aksi pertama di London.




SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts