EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tips Solat Dalam Kapal Terbang Yang Wajib Anda Ketahui!

0 month ago, 09-Sep-2019

Sebagai seorang Muslim, wajib bagi untuk kita melaksanakan tuntutan yang satu iaitu solat. Ia merupakan tiang agama bagi individu beragama Islam. Pelaksanaan solat tidak pernah membataskan pergerakan seseorang Muslim walaupun dimanapun. Islam itu mudah dan pelaksaannya juga cukup mudah.

Bagi warga tua atau individu yang mengalami masalah fizikal yang terbatas, pelaksanaan solat masih boleh dilakukan mengikut kesesuaian seperti solat secara duduk dan baring. Begitu juga bagi yang ingin melaksanakan solat di dalam pengangkutan seperti kapal terbang. Pengangkutan udara tidak membataskan seorang Muslim untuk melakukan tuntutan wajib ini.

Foto remaja.my

Cara untuk melakukan solat di dalam kapal terbang sebenarnya tidak rumit. Yang penting anda belajar dan cuba mempraktikan tips yang Wanista kongsikan dibawah ini.

Rukun Rukun Wudhu

Foto wajibbaca.com

Berwudhu ketika di dalam kapal terbang sebenarnya tidak sukar, apa yang penting adalah anda mengetahui kaedah atau cara mengambil wudhu dengan betul. Cara yang disyorkan oleh Lembaga Tabung Haji adalah dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka dengan sekali basuhan sahaja.

  • Berniat
  • Membasuh muka
  • Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  • Menyapu sebahagian kepala
  • Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  • Tertib

Rukun Rukun Tayammum

Foto NU Online

Cara bertayammum di dalam kapal terbang pula adalah dengan melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum. Tetapi anda juga boleh menyediakan debu tanah di dalam botol, lalu anda tuangkan debu tanah di atas kain dan kemudian lekapkan tangan pada debu tersebut.

Foto Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa
  • Berniat
  • Memindahkan debu tanah ke anggota Tayammum
  • Menyapu seluruh muka dengan debu tanah
  • Menyapu kedua tangan hingga ke siku
  • Tertib

Cara niat Tayammum

Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan sembahyang fardhu

Kaedah Sembahyang Semasa Dalam Penerbangan

Jika anda menaiki kapal terbang yang besar dan mempunyai ruang untuk solat seperti di kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara atau tempat hidangan makanan. Jadi anda boleh melakukan sembahyang di kawasan tersebut dengan selesa.

Tetapi jika anda menaiki saiz kapal terbang yang kecil dan memiliki kapasiti penumpang yang padat, maka apa yang boleh anda lakukan adalah:

  • Mulakan dengan menghalakan tubuh badan ke arah kiblat
  • Laksanakan rukun solat sekadar yang termampu. Berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Bertakwalah kalian kepada Allah sekadar kemampuan kalian Surah al-Taghabun ayat 16
  • Segala rukun qauli hendaklah dilakukan
  • Syarat-syarat sah solat hendaklah dilakukan dengan sebagik mungkin

Foto Tazkirah

Menunaikan tuntutan wajib ini tidak menghalang untuk anda melakukan urusan solat walau dimana anda berada. Malah dengan adanya tips ini, diharap ia akan menjadi penyelesaian masalah anda dalam melakukan ibadat solat.


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com