Solat bersama macam darah daging sendiri, Coach Yin geram anak Sajat dikutuk netizen
2 month ago, 09-Oct-2019
Umum sedia maklum bahawa usahawan terkenal Nursajat memilik dua orang anak angkat, yang merupakan pasangan kembar bernama Syaza dan Syahmi.
Malah ramai yang mengetahui mengenai hubungan rapat Sajat bersama Coach Yin, sehingga lelaki sado tersebut sudah menganggap dua anak kecil itu sebagai darah daging sendiri.
Namun, menerusi perkongsiannya di IG baru-baru ini, Coach Yin meluahkan rasa kesal apabila anak-anak yang tidak berdosa turut menjadi mangsa kutukan netizen.
View this post on Instagram
A post shared by Coachyin (@coach_yin) on
Menurutnya, menganggap diri sebagai ayah kepada dua anak kembar itu, Coach Yin mengambil keputusan untuk menyekat segelintir netizen yang tergamak menghina anak-anak angkatnya.
Sedangkan, selama ini dia telah sedaya upaya cuba memenuhi segala keperluan anak-anak angkatnya itu, tidak kiralah daripada pelbagai segi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya di Instagram juga menyifatkan Coach Yin seorang ayah baik dan tindakan golongan yang menghina anak kecil adalah tidak wajar.
Komen